วันพฤหัสบดีที่ 22 ธันวาคม พ.ศ. 2554

TUAN GURU HAJI ISMAAE SEPANJANG



TUAN GURU HAJI ISMAAE SEPANJANG
Biografi ringkas mengenai Tuan Guru Hj Ismail Sepanjang
BIOGRAFI TUAN GURU HJ. ISMAIL BIN OMAR ( BABA EIL )
{mari mengenali tuan guru baba eil sepanjang}
__________________________________

Kelahiran, Keluarga dan Pendidikan.
Nama asal beliau ialah Ismail bin Omar atau lebih dikenali sebagai Baba Eil Spanjang iaitu panggilan bagi seorang Tuan Guru. Dilahirkan di Kampung Dusun Spanjang Daerah Penarik, Patani kira-kira 20 km dari Bandar Patani. Merupakan anak lelaki tunggal dalam keluarga sebanyak 3 beradik..

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kampung Dusun Spanjang. Kemudian menyambung pendidikan di pondok berdekatan rumahnya (200 meter) pada ketika usia 14 tahun. Beliau dihantar belajar agama oleh keluarganya dengan Almarhum Tuan Guru Haji Abdul Latif. Selain itu, beliau juga berguru dengan Almarhum Tuan Guru Haji Abdul Rahman dengan mendalami pelbagai ilmu antaranya Tafser, Hadis, Feqah, Nahu dan lain-lain. Manakala tiba musim cuti semester Baba Eil pergi belajar di pondok lain pula bagi mengisi masa lapang.

Ketika umur beliau mencapai 21 tahun, beliau berpindah ke Pondok Haji Abdul Qader Sekam (Baba Der) yang terkenal dengan ilmu tauhid untuk belajar di sana sehinggalah umur beliau 30 tahun. Ketika di sana beliau bukan setakat mengajar kepada pelajar tetapi mula menerima undangan mengajar masyarakat sekitar. Antara tempat yang beliau masih mengajar hingga ke hari ini ialah Masjid Yala (21 tahun) dan Masjid Patani (22 tahun).

Ketika umur beliau 29 tahun, beliau telah mendirikan rumahtangga dengan Hajah Sabariah Binti Tuan Guru Haji Abdul Aziz (Pengarang Kitab Misbahul Munir). Hasil perkahwinan tersebut, beliau dikurniakan 5 cahayamata ( 2 lelaki dan 3 perempuan ).Selepas itu ketika berumur 31 tahun, beliau telah pergi ke Mekah dan bermuqim di sana selama 7 bulan..

Pada tahun 1993, setelah kembali dari Mekah, barulah Baba Eil membuka pondok di Kampung Kubang Ikan Bandar, Narathiwat yang dikenali dengan nama Maahad Darul Muhajirin. Dalam tempoh tersebut, beliau juga selalu berulang-alik ke Kelantan untuk memenuhi jemputan mengajar.

Akhirnya pada tahun 1998, pondok beliau telah berpindah ke kampung beliau sendiri di Kampung Dusun Spanjang hinggalah ke hari ini. Rutin harian beliau dipenuhi dengan mengajar agama kepada pelajar yang datang dari pelbagai pelusuk dalam dan luar negara seperti Kemboja, Malaysia dan Burma tanpa menerima bayaran.

Sehingga kini, terdapat lebih kurang 200 orang pelajar yang sedang menuntut di pondok beliau. Pengajian berlangsung sepanjang tahun melainkan pada waktu cuti iaitu 15 Sya’ban hingga 15 Syawal ( 2 bulan ), cuti Raya Haji ( seminggu ) dan bulan Rabiulawal ( 1 bulan )..

Selain itu, Baba Eil juga memberi khidmat masyarakat dengan mengajar pada setiap hari Sabtu di Masjid Patani dan setiap Ahad di Masjid Yala.. Kuliah Baba Eil sering disiarkan di radio tempatan. Selain mengajar, Baba Eil memenuhi masa lapang dengan mentelaah dan mengarang kitab.

Antara kitab karangan Baba Eil ialah “Mizan ad-Durari”, “Hikam Jawi”, “Mawaiz al-Iman”, dan karangan dalam bidang tafsir,hadis dan Qawaid. Selain itu,Baba Eil telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Fatwa Persatuan Ulama Fathoni.

Antara kata-kata dan pesanan Baba Eil ialah,
__________________________________
kita sebagai{tolibul ilmi} penuntut ilmu, haruslah memperkemaskan ilmu akidah kita..Jauhilah kita dari iqtiqod akidah yang salah yakni iqtiqod yang selain dari iqtiqod ahli sunnah waljamaah..akidah kita ahli sunnah waljamaah,sesungguhnya ALLAH itu tidak menyamai sekalian makluk..

yakni ALLAH yang menciptakan sesuatu,dan akal kita yang waras mengatakan bahawa ALLAH tidak berhajat pada sesuatu,tetapi setiap sesuatu yang berhajat pada ALLAH.

ALLAH itu tidak beranggota{tidak mempunyai tangan,mata dll}
ALLAH tidak mempunyai mata tetapi ALLAH maha melihat,ALLAH tidak mempunyai tangan,tetapi ALLAH maha berkuasa atas setiap sesuatu..

firman ALLAH subhanahuwataala,
dalilnya laisa kamislihi syai,wahuassamaiulbasir
yakni ALLAH itu tidak menyerupai sekalian makhlu{tidak beranggota dan sebagainya}tetapi ALLAH maha melihat dan maha berkuasa atas setiap sesuatu.



BABA ISMAIL SEPANGANJ merupakan ulama tauhid yang kauat mempertahankan ahli sunnah dengan hujah mantap beliau menyebabkan wahabi fatani yang dikepalai Dr Ismail Lutfi sangat gerun dengan beliau.
Tn Guru /Baba Ismail pernah satu ketika dahulu , lebih kurang tahun 2003 tahun lalu ada cubaan untuk membunuh beliau oleh gologan wahabi Fatani .Saya mendapat cerita ini pada muridnya sendiri sewaktu saya ziarahi pondok beliau bersama Ustaz Salleh Hamzah (Sungai Petani )pada tahun 2003 juga.
Tetapi takdir ALLAH pestol yang sudah menghala kearah baba tidak berfungsi dengan izin ALLAH . Semasa kejadian kata muridnya baba dalam perjalanan pulang dari kuliah bersama anak murid beliau .
Sekarang beliau merupakan ulama yang paling pengaruh di Fatani .
CD kuliah beliau sangat laris di Malaysia sekarang .
Siapa yang berhajat untuk belajar dan menziarahi beliau hubungi saya .
Mudahan kita BERSAMA ULAMA PERTAHAN AQIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH .




rujukan
Al-Amir Ibnu Idris Al-Kelantany

ไม่มีความคิดเห็น:

แสดงความคิดเห็น