PENDAHULUAN
Kontrak dari sudut hukum atau
sifatnya yang diberikan oleh syaraknya adalah berdasarkan kadar yang melengkapi
rukun dan syaratnya. Menurut jumhur ulama fuqaha kontarak terbahagi kepada dua
iaitu kontrak sahih dan kontrak tidak sahih.
Kontrak yang sahih ialah kontrak
yang mencukupi syarat dan rukunnya. Manakala kontrak yang tidak sahih pula ialah
kontrak yang tidak mencukupi syarat-syarat atau bertentangan dengan hokum
syara’. Ia tidak melahir apa-apa kesan. Kontrak tidak sahih ini mengandungi kontrak batal, dikenali
sebagai jual beli yang diharamkan dan tidak sah oleh syarak. dan kontrak fasid,
iaitu kontrak jual beli yang diharamkan tetapi sah oleh syarak.
Ulama mazhab Hanafi membahagikan
kontrak kepada sahih,fasid, dan batal. Megikut pandangan mereka Kontrak tidak
sahih berbentuk samaada fasid atau batal. [1]
Punca
persilisihan pendapat di antara para ulama adalah tentang kedudukkan larangan
syarak terhadap sesuatu kontrak. Apakah larangan itu membawa kepada makna
fasad[rosak], maksudnya kontrak itu tidak dikira dan berdosa, ataupun apakah ia
menyebabkan berdosa sahaja sedangkan kontrak itu kadangkalanya dikira. Selain
itu adakah sama larangan ke atas sesuatu
rukun kontrak larangan ke atas sifat yang mencanggahi kontrak?[2]
Menurut
jumhur ulama fuqaha’ larangan syarak ke atas sesuatu kontrak member makna ia
tidak dipakai sama sekali dan orang yang melakukannya adalah berdosa. Tidak ada
perbezaan antara larangan terhadap rukun-rukun kontrak dengan larangan terhadap
sifat yang mencanggahi kontrak. Sesiapa yang
amalannya mencangahi perintah syarak maka disifatkan amalan itu sebagai
Fasid atau batal, tidak kira sama ada percanggahan itu dengan hakikat kerja
atau sifat dan tidak kira sama ada ia dalam Ibadah atau Muamalah.
Menurut
pendapat Ulama Mazhab Hanafi, larangan syarak terhadap sesuatu kontrak
kadang-kadang bermakna berdosa sahaja bukan bermakna batal. Mereka berpendapat
ada perbezaan antara larangan tentang rukun kontrak dan sifatnya. Larangan
syarak yang berkaitan dengan asal atau rukun kontrak adalah membatalkan
kontrak. Manakala larangan ke atas salah satu sifat kontrak adalah merosakkan
[fasad] kontrak sahaja. [3]
ini kerana mu’amalah adalah melihatkan kepada sudut kemuslihatan manusia. Jika
percanggahan kerja berkaitan dengan hakikat kerjanya itu sendiri, seperti jual
beli barang yang tidak ada maka itu tidak mempunyai maslahat sama sekali. Oleh
itu ia menjadi jual beli yang batal dan tidak sah oleh syarak.
DIFINISI
KONTRAK
JUAL BELI YANG SAHIH
Kontarak jual beli yang
sahih merupakan kontrak yang disyariatkan asalnya [rukun] dan sifatnya. Tidak
berguna hak orang lain didalam sesuatu aqad jual beli. Hukumnya ialah kesannya
sabit secara otometik. Oleh itu kontrak jual beli yang sahih adalah sabit
dengan kesanyan iaitu pertukaran kuasa milik keatas dua barang tukaran itu.
Barang yang dijual menjadi milik pembeli manakala harganya menjadi milik
penjual. Tukaran kuasa milik ini berlaku sebaik sahaja selesai tawaran dan
penerimaan, sekiranya kontrak jual beli tidak mempunyai hak khiyar.
KONTRAK
JUAL BELI YANG BATAL
Kontrak
jual beli yang batal ialah kontrak jual beli yang terdapat padanya sesuatu
kecacatan pada salah satu rukun atau barang kontrak. Ia merupakan suatu kontrak
yang tidak disyaratkan asal dan sifatnya. Ertinya orang yang melakukan kontrak
ini tidak mempunyai kesempatan untuk berbuat dimikian, ataupun barang kontrak
tidak dapat menerima kontrak itu. Hukom
kontrak ini adalah tidak sah sama sekali. Walaupun ada bentuknya dari segi luaran tetapi ia tidak memindah milik.
Contohnya kontrak yang dilakukan oleh seorang kanak-kanak ataupun seorang yang
gila ataupun kontrak itu adalah tentang penjualan sesuatu yang tidak kira
sebagai harta seperti penjualan bangkai penjualan barang yang tidak bernilai
sepreti arak atau babi.
Dengan
ertikata lain iaitu jual beli yang diharamkan dan tidak sah, jual beli ini
tidak dibenarkan oleh syarak kerana tidak memenuhi rukun-rukun atau
syarat-syarat tertentu yang ditetapkan oleh syarak.
KONTRAK
JUAL BELI YANG FASID
Kontrak
jual beli yang fasid ialah kontrak jual beli yang disyaratkan asalnya[ rukun ]
tetapi tidak disyariatkan sifatnya. Maksudnya kontrak itu terbit daripada orang
yang mempunyai kesempatan dan dikontrakkan ke atas barang yang boleh menerima jual beli, tetapi berlaku ke atasnya
suatu perkara atau sesuatu sifat yang tidak disyariatkan. Contoh jual beli
barang yang majhul[ tidak diketahui ] yang boleh membawa kepada pertikaian.
Dengan erti kata lain iaitu jual beli yang diharamkan
tetapi sah, jual beli yang dilarang oleh nas bukan kerana tidak menepati
rukun-rukun atau syarat, tetapi kerana sebab-sebab lain. Oleh itu jual beli ini
sah walaupun jelas diharamkan dan pelakunya dianggap berdosa.
KAEDAH
YANG MEMBEZAKAN ANTARA FASID DAN BATAL
Jika korosakan yang terdapat itu
berkaitan dengan barangan yang dijual, maka jual beli itu termasuk dalam
ketogeri jual beli yang batal. Contoh jual beli yang fasid sepreti penjualan
arak, babi, bangkai, darah dan binatang buruan tanah haram, Barang yang telah
dijual itu tidak member milik sama sekali biarpun barang itu diterima serahan
serahannya. Sebab kecacatan berlaku di berlaku pada barang yang dijual sendiri.
Arak dan babi tidak sabit milik bagi orang Islam melalui kontrank jual beli itu.
Sesuatu jual beli tidak sah jika tidak ada barang yang dijual. Manakala dalam
kes penjual bangkai dan darah pula, kedua-duanya tidak kira sebagai harta yang
bernilai. Dalam kes binatang tanah Haram atau orang yang sedang dalam Ihram
membelinya,, syarak membatalkan.
Jika kerosakan itu berkaitan dengan
harga, maka terdapat kemungkinan sekiranya
haraga itu dikira sebagai harta oleh orang ramai atau dikira harta pada
sesetengah agama atau disukai oleh orang ramai seperti arak, babi, binatang
buruan Tanah Haram dan pembeli yang sedang dalam Ihram maka jual beli itu
menjadi Fasid. Maksudnya, ialah ia terbentuk sah dengan nilai barang yang
dijual itu dan pemindahan milik ke atas barang yang dijual itu berlaku dengan
cara penerimaan serahan. Sebutan harga yang disukai itu adalah menjadi dalil
yang kedua-duanya mahu berjual beli. Oleh itu jual beli itu sah dengan nilai
barang yang dijual itu.[4]
Jika barang yang dujual adalah
bangkai atau darah, maka Ulama Mazhab Hanafi berbeza pendapat tentangnya.
Kebanyakan mereka mengatakan jual beli itu adalah batal. Manakalasesetengahnya
mengatakan bahawa juai beli itu adalah fasid. Mengikut pendapat yang sahih jual
beli itu adalah batal sebab yang disebut sebagai harga itu [barang yang menjadi harga] itu bukanlah harta.[5]
JENIS-JENIS JUAL BELI YANG BATAL
1.
Jual beli Barang yang tidak ada.
Ulama-ulama mazhab empat bersependapat bahawa mengatakan tidak sah
melakukan sesuatu akad jual beli keatas barang yang tidak ada dan yang mukin
tidak ada. Contohnya penjualan anak binatang kepada anak binatang yang akan
dilahir, begitu juga tidak sah penjual menjualkan binatang yang masih dalam kandungan sebagaimana
terdapat Hadis dari beginda Rasulullah S.A.W. melarangkan penjual yang menjual
“ anak kepada anak binatang yang akan lahir[6]”
dan Rasululah S.A.W. juga melarang penjual beli benih binatang dan penjualan
anak dalam kandungan ibu.
Antara jenis-jenis jualan yang sama
hukumnya seperti juala beli barang yang tidak ada ialah seperti penjual mutiara
dalam tiram, penjulan susu di dalam tetek susu, penjual buah sebelum ia sesuai
dipetik, penjualan buku yang sebelum dicetak. Jumhur ulama figh mangatakan
bahawa akad jual beli seperti ini tidak diharuskansebab barang kontrak tidak
ada dan terdapat hadis yang diriwayatkan oleh “Ibnu Abbas r.a. yang mengatakan,
Rasulullah s.a.w. melarang penjual buah sehingga ia boleh dimakan, melarang
jualan bulu di atas tubuh badan binatang dan melarang jualan susu dalam tete
susu”.[7]
Sebagian pendapat para ulama Mazhab Hanbali tentang jual beli barang yang
tidak ada seperti Ibnu Qaiyim dan gurunya Ibn Taimiyah menharuskan jual beli
barang yang tidak ada ketika kontrak, jika barang itu tetap ada pada masa
hadapan pada perkiraan adat. Ini kerana tidak ada larangan yang melarangkan jual
beli barang yang tidak ada ini. Larangan itu tidak ada dalam al-Quran, sunnah
dan kata-kata sahabat. Yang ada dalam sunnah ialah laranggan penjualan yang
mempunyai gharar iaitu barang yang tidak berupaya untuk diserahkan, tidak kira
sama ada barang itu ada atau tidak ada.
2.
Jika akad jual beli itu menyulitkan ibadah,
Seorang
pedagang sibuk dengan jual beli sampai terlambat melakukan shalat jama’ah di
masjid, baik tertinggal seluruh shalat atau masbuq. Berniaga yang sampai
melalaikan seperti ini dilarang. Allah berfirman:
$pkr'¯»t tûïÏ%©!$# (#þqãZtB#uä #sÎ) ÏqçR Ío4qn=¢Á=Ï9 `ÏB ÏQöqt ÏpyèßJàfø9$# (#öqyèó$$sù 4n<Î) Ìø.Ï «!$# (#râsur yìøt7ø9$# 4 öNä3Ï9ºs ×öyz öNä3©9 bÎ) óOçGYä. tbqßJn=÷ès? ÇÒÈ #sÎ*sù ÏMuÅÒè% äo4qn=¢Á9$# (#rãϱtFR$$sù Îû ÇÚöF{$# (#qäótGö/$#ur `ÏB È@ôÒsù «!$# (#rãä.ø$#ur ©!$# #ZÏWx. ö/ä3¯=yè©9 tbqßsÎ=øÿè? ÇÊÉÈ
Wahai
orang-orang Yang beriman! apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan
sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk
mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah
berjual-beli (pada saat itu); Yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu
mengetahui (hakikat Yang sebenarnya),
kemudian
setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk
menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa Yang kamu hajati dari limpah
kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam Segala keadaan),
supaya kamu berjaya (di dunia dan di Akhirat).[8]
Ketika
menafsirkan ayat ini, sebagian ulama salaf mengatakan, orang-orang mukmin itu
melakukan akad jual beli. Jika salah seorang diantara mereka mendengar adzan,
sedangkan timbangan masih ada di tangannya, maka dia akan menurunkan timbangan
itu dan pergi mengerjakan shalat. Kesimpulannya, jika jual beli menghalangi
seseorang dari shalat, maka hal itu termasuk jual beli yang dilarang, batil dan
hasilnya haram.
3.
penjualan barang yang tidak boleh
diserahkan
Jumhur ulama Mazhab Hanafi
berpendapat bahawa tidak sah kontrak jual beli barang yang tidak boleh
diserahkan ketika kontrak biarpun barang itu dimiliki. Contohnya penjualan
burung yang terlepas pada tangan pemiliknya atau penjual hamba yang lari atau
penjualan barang yang tercicir. Jual beli itu adalah batal.
Dimikian juga kontrak itu menjadi
batal jika barang yang tidak berupaya diserahkan itu dijadikan harga sebab
harga jika ia berbentuk barang maka ia menjadi barangan yang dijual dipandang
dari sudut pemiliknya. ulama Mazhab Maliki mengatakan “tidak sah penjualan unta yang lari, lumbu
liar barang yang dirampas kecuali kepada perampas”.
Menurut pendapat Mazhab Imam Syafi’I dan Imam
Hambali, tidak harus jual beli barang
yang tidak boleh diserahkan. Contohnya penjualan burung di udara ikan di dalam
sungai atau harta yang dirampas di tangan perampas dan hamba yang lari Sama ada
diketahui tempatnya atau tidak. Dimikian juga dengan penjualan rumah atau tanah
yang berada dibawah kekuasaan musuh,[9]
sebab terdapat hadis Rasulullah s.a.w. melarangkan jual beli hisat [ baling
anak batu ] dan jual beli gharar [ tipuan ].[10]
4.
jual beli yang mengandungi usur perjudian.
Jual beli yang mengadungi usur
perjuadian merangkumi jual beli yang tidak menyatakan barangan yang dijual
secara jelas atau wujud perbuatan yang menafikan kehendakkan salah satu pihak.
Diantara bentuk jual beli jenis yang
dinyatakan dalam nas ialah jual beli Munabazah [ campak mencampak] Mulamasah
[ sentoh- menyetoh ]. Iaitu kedua-dua pihak berurusan dengan suatu barangan
yang tidak ditentukan mana satu. Dengan itu apabila penjual mencampak mana-mana
satu barangan atau pembeli menyentuhkan mana-mana barang, barangan tersebutlah
akan dijual. Termasuk juga penjualan baju dalan gelap dan pembeli akan
menyentoh tanpa melihat barangan yang ingin dibeli.
Begitu juga pembelian sesuatu barang
walaupun sudah ditentukan, tetapi dikira berlaku terus apabila sahaja barang
tersebut dilempar atau disentuh.
Jelas
dalam contoh pertama, wujud keadaan tidak mengetahi barangan yang dijual.
Samantara dalam contuh yang kedua , wujud keadaan kehendak salah satu pihak
yang dinafikan. Ini kerana pembeli atau penjual tidak mengtahui sebaik sahaja
sesuatu barang yang dicampak atau disentuh, pihak yang satu lagi mesti membeli
atau menjual barang tersebut. Rasulullah telah melangkan penjualan ini seperti
mana Abu Sa’id al-Kudri r.a. meriwayatkan
أن رسول الله صلى الله عليه وسلم نهى عن الملامسة
والمنابذة في البيع
“Rasulullah telah melarangkan jual beli secara
sentuh meyentuh dan campak mencampak”.[11]
5.
kontrak dua dalam satu
Maksudnya,memasukkan dua jenis
kontrak ke dalam satu sighah kontrak pada masa yang sama. Contohnya penjual
berkata: saya jual umah ini dengan harga RM100,000 tunai dan RM200,000 secara
unsuran atau selama setahun. Pembeli pula menerima jualan secara tunai atau unsuran tersebut. Atau
penjual berkata: saya jualkan kerata ini dengan harga RM1,000 dengan syarat
anda menjual rumah kepada saya dengan harga RM2,000. Cara jual beli ini adalah
antara bentuk jual beli yang diharamkan dan tidak sah oleh syara’. Ini kerana
herga sebenar tidak diketahui sepertimana dalam contoh yang pertama, atau pun
jualan tersebut dikaitkan dengan syarat
tertentu sepertimana contoh yang kedua.
Abu
Hurairah r.a. meriwayatkan, dengan katanya:
أن رسول الله صلى الله عليه وسلم نهى عن بيعتين في بيعة
Rasulullah s.a.w. melarang dua jual beli dalam satu
jual beli.[12]
6. jual beli cangkeram[ urbun ]
Jual
beli cangkaram ialah sesuatu barangan dijual dengan pembeli perlu membayar
sebahagian daripada harga barangan yang dibeli kepada penjual. Bayaran ini akan
menjadi Hadiah kepada penjual jika jual beli tersebutdibatalkan. Jika jual beli
diteruskan, bayaran tersebut dikira sebagai sebahagian daripada harga barangan.
Jual beli ini adalah diharamkan dan tidak sah oleh syarak kerana wujud syarat
yang tidak betul iaitu hadiah yang diberikan oleh penjual.
Abdullah bin Amru bin al-As r.a. meriwayatkan,
katanya:
أن رسول الله صلى الله عليه وسلم نهى عن بيع العربان
Rasulullah
s.a.w. telah melarang jual beli cangkaram.
Amalan ini diharamkan dan tidak sah
hanya jika perkara tersebut dijadikan syarat dalam kontrak. Namun jika ia tidak
jadikan syarat, tidak salah penjual meminta pembeli membayar sebahagian
daripada harga sebagaicangkaram selepas kontrak tersebut. Cuma penjual tidak
boleh mengabil bayaran tersebut jika kontrak tersebut dibatalkan melainkan
disetujui oleh pembeli.
7.
Menjual barang yang diharamkan.
Jika
Allah sudah mengaharamkan sesuatu, maka Dia juga mengharamkan hasil
penjualannya. Seperti menjual sesuatu yang terlarang dalam agama. Rasulullah
Shalallahu ‘Alaihi Wassalam telah melarang menjual bangkai, khamr, babi, patung.
Barangsiapa yang menjual bangkai, maksudnya daging haiwan yang tidak disembelih
dengan cara yang ditetap oleh syara’ , ini berarti ia telah menjual bangkai dan
memakan hasil yang haram.
Begitu
juga hukum khamr, kita terdapat beberapa ayat dan Hadis yang melarang keras tentang minum arak sepretimana di
firman oleh Allah dalam kitab suci al-Quran:
$pkr'¯»t tûïÏ%©!$# (#þqãYtB#uä $yJ¯RÎ) ãôJsø:$# çÅ£øyJø9$#ur Ü>$|ÁRF{$#ur ãN»s9øF{$#ur Ó§ô_Í ô`ÏiB È@yJtã Ç`»sÜø¤±9$# çnqç7Ï^tGô_$$sù öNä3ª=yès9 tbqßsÎ=øÿè? ÇÒÉÈ
Wahai orang-orang Yang beriman! Bahawa
Sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib Dengan
batang-batang anak panah, adalah (Semuanya) kotor (keji) dari perbuatan
syaitan. oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.[13]
Dan
ada riwayat daripada Ibnu Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :
ابْنِ عُمَرَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم
قَالَ: كُلُّ مُسْكِرٍ خَمْرٌ، وَكُلُّ مُسْكِرٍ حَرَامٌ.
“Semua
yang memabukkan itu adalah khamr, dan semua khamr itu haram.”
Dan
juga Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassalam melaknat sepuluh orang yang berkaitan
dengan khamr.
قال أنس بن
مالك : لعن رسول الله في الخمر عشرة : عاصرها ومعتصرها وشاربها وحاملها والمحمولة
إليه وساقيها وبائعها وآكل ثمنها والمشتري لها والمشتراة له
"Diriwayatkan
daripada Anas r.a bahawa RasulalLah s.a.w telah melaknat sepuluh golongan yang
terlibat dengan arak: orang yang memerah arak, orang yang diminta arak diperah
untuknya, orang yang meminumnya, orang yang membawanya, orang yang meminta
dibawa arak kepadanya, orang yang memberi minum arak kepada orang lain, orang
yang menjual arak,orang yang mendapat hasil daripada arak, orang yang membeli
arak, orang yang meminta dibelikan arak untuknya [14]
Begitu
juga menjual rokok dan tembakau. rokok benda yang buruk dan boleh menyebabkan
sakit. Semua sifat buruk ada pada rokok, dan ia sama sekali tidak ada
manfaatnya. Mudharatnya sangat banyak. Para perokok itu orang yang paling buruk
bau dan penampilannya. Teman duduk yang paling berat adalah perokok. Jika dia
duduk di sampingmu atau berdampingan di kenderaan, lalu bernafas di depanmu,
engkau akan tersiksa oleh bau nafasnya. Apalagi kalai ia mencetuskan rokok dan
asapnya berputar-putar di hadapanmu, tentu ini lebih berat lagi.
Merokok
juga bererti mebuang-buang harta, masa, merosakkan kesihatan, mengotori wajah,
menghitamkan bibir, mengotori gigi. Banyak penyakit yang disebabkan oleh
merokok. Jadi ditinjau dari pelbagai sudut; merokok itu jelek dan tidak ada
manfaatnya sama sekali. Sehingga tidak disangsikan lagi, merokok itu haram.
Masalah
ini telah melanda kaum muslimin, dan banyak yang meremehkan. Kadang ada
diantara kaum muslimin yang tidak merokok dan tidak suka dengan merokok, tetapi
ia menjual rokok kerana ia senang mengumpul harta dengan segala cara.
Orang-orang ini tidak mengetahui, bahawa jual beli rokok ini akan merosakkan
seluruh hasil usaha mereka. Iaitu hasil jualan rokok bercampur-aduk dengan
hasil perniagaan atau usaha lain sehingga mengakibatkan rosaknya harta yang di
usahakan secara halal. Cara jual beli ini adalah haram hukumnya dan tidak sah sama sekali mengikut syarak.
JENIS-JENIS
JUAL BELI YANG DIHARAMKAN TETAPI SAH [FASID]
1.
jual beli musorrah [ بيع
المصرا ة ]
Jual beli musorrah ialah jualbeli
yang mana penjual haiwan seperiti lumbu atau kambing yang sengaja tidak perah
susunya selama beberapa hari bertujuan untuk mengumpulkan susunya di dalam
pundi susu. Dengan itu pembeli menyankakan susunya sentiasa banyak dan ini
boleh menarik minat pembeli untuk
membeli. Malah berkemungkinan pembeli bersedia membayar dengan harga yang lebih
tinggi.
Apabila jual beli ini berlangsung,
kontrak ini dikira sah tetapi diharamkan kerana wujud unsure penipuan pemalsuan.
Jika pembeli mengatahui kedudukkan sebenar, dia berhak memulangkan semula
belian tersebut serta merta kerana belian tersebut termasuk dalam hokum khiyar
dan boleh dipulang kerana cacatan tertentu. Jika pembeli memulangkannya dan
sebelum itu ia telah memerahkan susunya, dia hendaklah memulangkannya
bersama-sama dengan segantang buah tamar sebagai ganti kepada susu yang telah
diperah atau dia boleh memulangkan semula susu yang telah diperah tadi jika
dipersetujui oleh penjual. Jika pembeli bersetuju membeli kambing tersebut
walaupun tahu penjual telah melakukan musorrah dia tidak perlu memulang lagi.
Dalil
hukum ini ialah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. Rasulullah
bersabda:
وَلَا
تُصَرُّوا الْإِبِلَ وَالْغَنَمَ، فَمَنْ ابْتَاعَهَا بَعْدَ ذَلِكَ فَهُوَ
بِخَيْرِ النَّظَرَيْنِ بَعْدَ أن يحلبها، إن رضيا أمسكها، وإن سخطا رَدَّهَا،
وَصَاعًا مِنْ تَمْرٍ
Janganlah kamu mengumpulkan susu unta dan kambing
tanpa diperah [ baga memperdaya pembeli ].sesiapa yang membelinya selepas itu,
maka dia boleh memilih yang terbaik daripada dua pilihan selepas dia
memerahnya. Jika dia bersetuju dia boleh terus mengabilnya. Jika dia tidak
menyukai, dia boleh memulangkannya bersma segantang kurma,[15]
2. Najasy [ menjuak ]
Najasy
ialah orang yang sengaja menawarkan harga belian yang tinggi sedangkan dia
tidak bermknat membelinya. Tujuan supaya orang merasakan barangan tersebut
bernilai tinggi dan mereka akan belinya dengan harga yang lebih mahal. Najasy pada asalnya bermaksud menyumbuyi kerana perbuatan
orang ini menyembuyi niatnya.
Perbuatan
ini adalah haram berpandu dengan hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar
r.a. Rasululah bersabda:
نهي النبي صل الله علىه وسلم عن النجش
Nabi s.a.w. telah melarang jual beli najasy
Jika jual beli tersebut berlangsung, ia tetap sah.
Jika
terdapat bukti perbuatan tersebut adalah hasil perangcangan penjual dan penjuak
mereka berdua telah melakukan perkara yang haram. Penjual dianggap telah menipu
pembeli dengan itu pembeli berhak menutut khiyar. Jika tiada bukti penjual dan
penjuak merancang perbuatan tersebut, pembeli tidak berhak menutut khiyar
kerana dia sendiri cuai membuat penelitian.
3. Penjualan orang kampong oleh orang tempatan
Apabila
orang kampong tiba membawa barangan untuk dijual apatah lagi barangan tersebut
adalah amat perlukan oleh penduduk tempatan, lalu datang seorang penduduk
tempatan berkata kepada orang kampong itu: jangan jual barangan itu tetapi
serahkan kepada saya untuk saya jualkan sikit demi sedikit. Orang ini
kemudiannya menaikkan harga barang tersebut.
Perbuatan ini
adalah haram berpandu dengan hadis Rasulullah s.a.w. bersabda:
“jangan
orang tempatan menjual barangan orang kampong”. Ibnu Abbas ditanya “apakah
maksud baginda “jangan orang tempatan menjual bangan orang kampong”. Ibnu Abbas
berkata “jangan menjadi orang tengah”[16]
Punca
perbuatan ini dilarang dan diharamkan ialah perbuatan ini menyulitkan orang
ramai.
Namun
perlu diingatkan di sini, hokum ini tidak melibatkan apa yang dilakukan oleh
orang tengah pada hari ini yang menjualkan barangan yang diambil daripada
pengusaha dan dibawa ke Bandar. Ini kerana tidak wujud rungutan yang mendakwa
amalan ini menyulitkan orang ramai. Malah perbuatan ini boleh memudahkan
pengusaha dan juga pengguna.
4. Memintas perdagangan
Dalam
masalah ini, peniaga berangkat ke luar kawasannya, dan bertemu para pedagang
yang bekal datang kekawasannya. Dia memperdaya mereka dengan mengatakan
barangan yang bekal mereka jual sudah bertimbun di kawasannya dan dijual dengan
harga yang rendah. Perbuatan peniaga ini bertujuan membeli barangan tersebut
dengan harga yang lebih rendah daripada harga asal.
Jika
peniaga Berjaya membeli barangan tadi, jual beli tersebut sah tetapi haram
kerana wujud unsur penipuan. Pengharaman ini berpandukan sabda Nabi s.a.w dalam
hadis
Ibnu Abbas r.a. sebelum ini:
لا تتلقوا الركبان
Janganlah kamu memintas pedagang-pedagang.
Apabila para pedagang tadi tiba ke kawasan perniagaan dan
mengetahui harga pasaran yang sebenar selain menyedari mereka telah ditipu,
mereka berhak menuntut khiyar dan membatalkan jual beli tadi.
Diriwayatkan bahawa Abu Hanifah r.a berkata :
Nabi s.a.w melarang manusia memintas dagangan, jika ia
dipintas oleh seseorang dan orang ini membelinya maka pemilik barangan tadi
berhak menuntut khiyar jika dia tiba di pasar.[17]
5.Monopoli ( ihtikar )
Monopoli ialah membeli barangan yang disenaraikan sebagai
makan asasi daripada pasaran, apatah lagi jika dilakukan ketika barangan
tersebut amat diperlukan oleh pengguna. Barangan tersebut amat diperlukan oleh
pengguna. Barangan tersebut dihimpun dan disorok dengan tujuan menaikkan
harganya berlipat ganda dan kemudian dijual sedikit demi sedikit dengan
mengeksploitasi keperluan orang ramai
Perbuatan seperti ini adalah haram berpandukan hadis:
لا يحتكر إلا خاطئ
Monopoli tidak dilakukan melainkan oleh orang yang
berdosa.[18]
Orang yang bersalah ialah orang yang berdosa dan membuat
kesalahan.
Jika orang
ramai memerlukan makanan asasi tersebut atau keadaan menjadi darurat, orang
yang memonopoli tadi boleh dipaksa menjual barangan tersebut dengan harga yang
munasabah. Jika ingkar, hakim boleh menjual barangan tersebut bagi pihaknya dan
hasil jualan diserahkan kepadanya.
Perlu difahami di sini, membeli barangan keperluan asasi
ini ketika musimnya dan dalam keadaan barangan tersebut masih banyak di pasaran
dengan tujuan menyimpan dan menjual semula pada masa yang perlukan, seperti
mana yang diamalkan pada hari ini oleh kebanyakan peniaga apabila mereka
membeli keju contohnya.atau pun kilang-kilang yang membuat beberapa jenis makan
dan mereka menyimpan untuk mengellakkan sebarang kerosakkan kepada makanan
tersebut dengan tujuan supaya orang ramai boleh memperolehinya ketika
diperlukan, amalan ini tidak termasuk dalam ertikata monopoli.
Sebaliknya cara perniagaan ini dibenarkan oleh syarak
malah ia suatu tindakan yang baik. Mungkin tindakan ini boleh membawa kepada
rakyat dan Negara. Mereka yang menyimpan hasil yang berlebihan ketika musimnya
supaya mudah diperolehi pada waktu lain akan mendapat pahala. Kaedah ini amat
diperlukan terutama bagi mereka yang tidak mampu menyimpan lama makanan mereka.
Pada sesetengah Negara, amalan ini dikenali sebagai stok makanan.
6. Jualan atas jualan atau
tawaran atas tawaran
Jualan atas jualan ialah seseorang menemui pembeli yang
masih dalam tempoh khiyar lalu dia berkata :
Saya akan jual kepada anda barangan yang lebih baik daripada apa yang
anda beli dengan harga yang sama. Ataupun, saya akan jual kepada anda barangan
yang sama dengan harga yang lebih rendah.
Tawaran atas tawaran pula ialah apabila ada seseorang
sedang tawar-menawar untu mendapatkan suatu barangan dan mungkin mereka telah
bersetuju dengan harganya, lalu dating seseorang menawarkan pemilik barangan
tadi supaya menjual kepadanya dengan harga yang lebih tinggi. Atau pun die
menawarkan pembeli tadi barangan yang sama dengan harga yang lebih rendah atau
barangan yang lebih baik dengan harga yang sama.
Semua
perbuatan ini haram berpandukan hadis yang diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w
bersabda :
لا بيع الرجل على بيع أخيه
Janganlah seseorang lelaki berjual beli atas jual beli
saudaranya.
لا يسم المسلم على بيع سوم أخيه
Janganlah seseorang muslim betawar-menawar atas
tawar-menawar saudaranya.[19]
Hikmahnya pengharaman semua bentuk jual beli ini ialah
semua perbuatan ini melanggar tatasusila, menimbulkan rasa tidak puas hati,
menanam benih permusuhan dan menggalakkan persengketaan. Perbuatan-perbuatan
ini juga mengkucar-kacirkan masyarakat kerana ia memutuskan hubungan baik sedia
ada dan mewujudkan permusuhan sesama anggota masyarakat. Semua akibat ini
bercanggah dengan apa yang diingini oleh Islam kerana Islam mahu mewujudkan
masyarakat yang harmoni, mengukuhkan hubungan sesame anggota masyarakat dan
mewujudkan hubungan yang baik.
7. Jual beli orang yang
diketahui semua harta yang dimiliki oleh seseorang adalah harta yang haram
Apabila
diketahui semua harta dimiliki oleh seseorang adalah harta yang berusul asas
daripada perkara yang dilarang oleh syarak, contohnya harta yang diperolehi
daripada jualan barangan haram seperti arak, khinzir, bangkai, atau anjing,
atau pun pendapatannya daripda sumber yang haram, seperti loteri atau rasuah
atau hasil sewaan barangan yang diharamkan atau sebagainya, maka haram menjual
barangan kepadanya diharamkan membeli daripadanya. Hukum ini merangkumi semua
bentuk urusan yang membabitkan individu tersebut seperti yang dinyatakan di
atas adalah makruh.
Dalilnya ialah sabda Rasulullah s.a.w :
"إن الحلال بين و الحرام
بين , وبينهما مشتبهات قد لا يعلمهن كثير من الناس , فمن اتقى الشبهات فقد استبرأ
لدينه وعرضه , ومن وقع في الشبهات فقد وقع في الحرام
Apa yang halal itu nyata, dan apa yang haram juga
nyata.Antara kedua-duanya terdapat pekara-perkara syubhah ( yang samar-samar
dan tidak jelas hukumnya ), yang tidak diketahui oleh ramai manusia. Sesiapa
yang memelihara dirinya daripada pekara-pekara syubhah, maka sesunguhnya dia
telah membersihkan agama dan maruahnya. Sesiapa yang terjebak di dalam
perkara-perkara syubhah, nescaya dia telah terjebak kedalam perkara yang haram.[20]
KESIMPULAN
jual beli yang dilarang oleh Islam terbahagi kepada dua
iaitu jual beli yang diharamkan dan tidak sah dan jual beli yang diharamkan
tetapi sah mengikut syarak. jual beli yang diharamkan iaitu
jual beli ini tidak dibenarkan oleh syarak kerana tidak memenuhi rukun-rukun
atau syarat-syarat tertentu yang ditetapkan oleh syarak. jual beli
ini seperti Jual beli
Barang yang tidak ada, Jika akad jual beli itu menyulitkan ibadah, penjualan barang yang tidak boleh
diserahkan,
kontrak dua dalam satu, jual beli
cangkeram[ urbun ], Menjual barang yang diharamkan.
Manakala pula jual beli yang terdapat itu telah dillarang oleh syarak tetapi jika jual beli
tersebut berlaku ia dikeranya sah mengikut syarak dengan erti kata lain iaitu
jual beli yang diharamkan tetapi sah, jual beli yang dilarang oleh nas bukan
kerana tidak menepati rukun-rukun atau syarat, tetapi kerana sebab-sebab lain.
Oleh itu jual beli ini sah walaupun jelas diharamkan dan pelakunya dianggap berdosa.
Jual beli ini seperti jual beli musorrah [ بيع المصرا ة ], Najasy [
menjuak ], Penjualan
orang kampong oleh orang tempatan, Memintas perdagangan, Monopoli ( ihtikar ), Jualan atas jualan atau tawaran atas tawaran, Jual beli orang yang diketahui semua harta yang
dimiliki oleh seseorang adalah harta yang haram.
RUJUKKAN
AL-QURAN
Wahbah
al-Zuhaili, Fiqh & Perundangan Islam jilid IV, penterjemah Syad Ahmad Syad
Hussain et al., Dawama Sdh. Bhd. Kompleks Dawama Ampang/ hulu kelang, Selangor
Darul Ehsan.
Mustafa
al-khin et al. Figh Manhaj,kitab fiqh dalam Mazhab syafie jilid 6. Terjemah
oleh Ridzuan bin Hashim et al., Pustaka salam Sdn. Bhd. Batu ceves, kuala
lumpur.
Abdul
Halim el-Muhammady, Undang-undang muamalat & aplikasinya kepada
produk-produk perbankan Islam, Aras mega [M] Sdn. Bhd., sungai merap, kajang,
Selangor darul ehsan.
[2]
Wahbah
al-zuhaili, Fiqh dan perundangan
Islam jilid IV, hlm 440
[3]
Muhamad Yusuf Musa,
al-Amwal wa al-Nazariyah al-‘Aqad, hlm
436
[4]
Radd al- Muhtar , jil. IV,
hlm. 53
[5]
Al-Mabsud, jil. XIII, hlm.
22 dan seterusnya : Fath al-Qadir, Jil. V, hlm. 186,227 : al-Baad’I, Jil. V,
hlm. 299,305.
[6]
Riwayat oleh Imam
Bukhari,Imam Muslim, Ahmad, Malik, Abu
Daud, Nasai dan al-Termizi dapada Umar, kitab Jami’ al-Usul Jil. I, hlm. 441.
[7]
Hadis ini Marfu diriwayat
oleh Tabarani didalam Mu’jamnya daripada Ibnu Abbas, ditakhrijkan oleh
Darulqutni dan al- Baihaqi dalam sunan beliau,
[8]
Surah al-Jumah, ayat 9-10.
[9]
al-Muhadhdhab, jil. I, hlm.
263, al-Mughni, jil. IV hlm. 200
seterusnya Ghayah al muntaha jil II, hlm. 10.
[10]
Riwayat oleh Imam Musllim,
Abu Daud. Al-Tirmizi, Nasa’I dan Ibn Majah daripada Abu Hurairah.
[11]
Riwayat oleh Imam Bukhari,
pakaian, bab memakai selubung, no. 5482. Imam Muslim, jual beli, bab jual beli
mulamazah dan munabazah tidak sah, no. 1512.
[13]
Surah al-Maidah ayat 90
[14]
(Hadith Riwayat Ibnu Majah dan Tarmizi)
[15]Riwayat oleh Imam bukhari, jual
beli, bab jagan mengemukkan pundi susu unta, no. 2041. Imam Muslim, Jual beli,
bab haram menjual Habalul habalah, no. 1515
[16]
Hadis riwayat oleh Imam
Bukhari, jual beli,bab bolehkah orang
tempatan menjualkan barangan orang kampung tanpa upah, diriwayatkan daripada
Ibnu Abbas r.a.,no.2050.Muslim,jual beli Bab haram orang tempatan menjualkan
barangan orang kampung, no. 1521.
[17]
Diriwayat oleh Imam Muslim,
Jual beli, bab haram memintas dagangan. Diriwayat juga oleh para penulis sunan.
[18]
Diriwayat oleh Imam Muslim, Musaqah, bab monopoli
makanan asasi, diriwayatkan daripada Ma’mar bin Abdullah al-Adawi r.a. no.
1605.
[19]
Diriwayat oleh Imam
Bukhari, jual beli, bab jangan seorang menjual atas jualan saudaranya, daripada
Abu Hurairah r.a. dan Ibnu Umar r.a., no
2023. Muslim, jual beli, bab haram seorang lelaki menjual atas jualan
sedaranya, no 1515.
[20]
Diriawayat oleh Imam
Bukhari, Iman,bab kelibihan orang yang memelihera agamanya, daripada Nu’man bin
Bashir r.a. no. 152. Imam Muslim, ambil yang halal dan tinggal yang meragukan.