วันศุกร์ที่ 30 ธันวาคม พ.ศ. 2554

IMAM NASAI

PENDAHULUAN
Imam al-Nasa’merupakan salah seorang ulama yang terkenal oleh umat Islam seluruh Dunia didalam bidang Ilmu hadis selain daripada Imam al-Bukhari,Imam al-Muslim, Imam al-Tirmizi, Imam abu Daud, Imam abu Ibnu Majah  disenarai nama didalam kumpulan Sunan sittah. Ia menpunyai kitab yang bernama sunan al-Nasa’I , Kitab Sunan al-Nasa’I  merupakan pilihan atau pengumpulan daripada kitab Sunan Malik al-Nasa’I yang asal iaitu Kitab sunan al-Kubra. Ia memuatkan hadis-hadis sahih yang dapat daripada Gurunya dan ia juga memuatkan hadis-hadis yang bertaraf Dha’if
LATAR BELAKANG PENGARANG
ž            Nama lengkapnya ialah: Abu `Abd al-Rahman Ahmad bin Yusuf bin Syuaib al-Nasa`I al-khurasani.
ž            Imam al-Nasa`I  lahir pada tahun 215 H di sebuah kampung yang bernama Nasa yang terlentak di pinggir bandar khurasan.
ž            Imam  al-Nasa`I  meniggal dunia di Ramllah Negara Palestin pada hari isnin 16 safar,tahun 303 H bersamaan 915 M dalam usia 88 tahun dan dimakamkan di Baitul Maqdis.
ž            Beliau lebih terkenal dengan pangilan al-Nasa`I, kerana memgambil sempena tempat kelahirannya. Beliau menrupakan seorang yang warak,zuhud,amanah serta kuat beribadat. Selain dari bidang ilmu hadis, Imam al-Nasa`I adalah seorang ulama yang memahami didalam ilmu Fiqh. Beliau pernah dilantik menjadi sebagai Kadi.
PENDIDIKKAN
ž            Sejak kecil lagi al-Nasa`I menujukkan tanda-tanda luar biasa dan sangat mencintai ilmu pentahuan.Beliau sering berbincang dengan ulama sezaman dengannya.  Walaupun usianya masih terlalu muda.
Ketika berusia 15 tahun, beliau menjelajah dan mengembara keserata daerah dan negeri untuk menimba ilmu dan belajar daripada ulama yang ada pada waktu itu
ž            Antara daerah negeri yang pernah al-Nasa`I pergi ialah: Kharasan,Hijaz,Iraq,Syam,Mesir dan Jizirah.
ž            Al-Nasa`I pernah menetap di mesir sehingga tahun 302 H kemudian berpindah ke Damsyik sehingga beliau menniggal dunia di Ramallah,palestin. Beliau mengambil hadis daripada ulama dan Ahli Hadis pada waktu itu.
ž            Berkat usaha dan ketekunan serta anugerah kepintaran yang ada pada diri beliau, dalam usia yang masih muda al-Nasa`I telah dapat menguasai hampir semua ilmu yang dibelajarinya dan ilmu yang ada pada waktu itu. Beliau menbelajari tentang Hadis berserta sanad dengan mendalam.



GURU-GURU IMAM AL-NASAI
1.      Qutaibah bin Said
2.      Ishaq bin Rahawaih
3.      Abu Daud
4.      Al-Tirmidhi
5.      Ishaq bin Syahin
6.      Suwaid bin Nasr
7.      Ziyad bin Ayyub
8.      Muhmud bin Ghaylan
9.      Ishaq bin Musa al-Ansari
10.  Ibrahim bin Muhammad bin Abyad
11.  Hisyam bin `Ammar
ANTARA MURID-MURIDNYA
  1. Abu al-Qasim al-Thabarani.
  2. Abu Ja` far al-Thahawi.
  3. Al-Hasan bin al-Khadir al-Suyuti.
  4. Muhammad bin Muawiyah bin al-Ahmar al-Andalusi.
  5. Abu Nasr al-Dalaby.
  6. Abu Bakr bin Ahmad al -Sunni. 
  7. Sulaiman bin Ahmad al-Tabarani.
  8. Abu Ali al-Naisaburi.
  9. Abyad binMuhammad bin Abyad.
  10. Al-Hasan bin Rasyiq.

METOD PENULISAN
Pada mulanya, kitab sunan al-Nasai adalah ringkasan tapisan daripada kitab yang bernama al-Sunan al-Kubra.Ia adalah sebuah kitab yang lengkap, padat dan menghimpunkan semua jalan periwayatan dengan ditakhrij dan jelaskan kedudukkan matan dan sanadnya.
ž            Selepas dibuat tapisan, diringkaskan dan menggugurkan hadis-hadis yang ada kecacatan padanya, beliau menamakan kitabnya Al-Mujtaba atau Al-Mujtana namun yang lebih masyhur ialah nama al-Mujtaba, iaitu al-Nasai.
ž            Al-nasai menyusun kitab sunannya itu mengikut tajuk-tajuk dalam ilmu Fiqh
ž            Beliau telah membahagikan Kitab sunan al-Nasai kepada 51 kitab dan dipecahkan bahagian kecil yang dinamakan bab. Semuanya mengandungi jumlah 5761 buah hadis mengikut susunan  Abd al-Fatih Abu Ghuddah.
ANTARA CIRI DAN SYARAT YANG DIGUNA PAKAI OLAH AL-NASAI
ž            Hadis itu mastilah diriwayatkan daripada perawi yang berdasarkan kepada ijma para Ulama Fuqaha.
ž            Dalam mengupulkan dan mencatat hadis, Imam Nasai  akan mencatat rantaian-rantian sanad  berlainan bagi sebuah hadis, kemudian beliau menjelaskan mana yang benar di antara rangkaian tersebut.
ž            Sekiranya terdapat sanad yang tidak benar,al-Nasai akan menjelaskan sebab dan punca kecacatannya. Untuk itu didalam sunan al-Nasai terdapat hadis Sahih,Hasan dan Da’if. Walaupun  di dalam Sunan al-Nasai terdapat Hadis Da’if namun hanya sebilangan sahaja Hadis Da’if yang dikumpulkannya
KEDUDUKKAN DAN KEISTIMEWAAN SUNAN AL-NASA’I
ž            Sunan al-Nasai atau al-Mujtaba termasuk salah sebuah kitab yang paling sedikit memuatkan Hadis-hadis Da’if. Sunan al-Nasai adalah sebuah kitab hadis yang penting. Imam al-Subki berpendapat: lebih banyak menhafaz hadis-hadis berbanding Imam  Muslim. Sunannya menduduki tempat ketiga  selepas Sahih bukhari dan Muslim dari segi kurangnya bilangan hadis Da’if.
ž            Menurut pendapat Imam al-Hakim  dan al-khatib, syarat perawi hadis di dalam Sunan al-Nasai lebih kuat berbanding dengan syarat perawi di dalam Sahih Muslim.
ž            Konteks lain, Bab haji yang terdapat di dalam Sunan al-Nasai adalah dalam Mazhab syafie. Kerana beliau juka dikatakan berpegang dalam mazhab al-syafi’e.


SUMBANGAN DAN ULASAN SUNAN AL-NASAI
ž            1. Al-Sunan al-Sughra.
ž            2. Al-Sunan al-Kubra,
ž            3. Kitab al-Tanyiz.
ž            4. Kitab du’afa’
ž            5.Khasa’is Ali.
ž            6.Masnad Ali.
ž            7.Masnad Malik.
ž            8.Manasik al-Haj.
Ulama yang membuat ulasan terhadab  kitab sunan al-Nasa’i
ž            1. Zahr al-Raba’ala al-Mujtaba, kerya jalal al-Din al-Suyuti [m 911 H].
ž            2. Sahih wa Da’if kerya syeik al-Bani[m 1999 M].
ž            3. Syarh al-Sanadi,kerya Muhammad Sadiq bin ‘Abd al-Madani al-Hanafi[m 1138 H].

HAMKA

LATAR BELAKANG
Haji Abdul Malik Karim Amrullah atau lebih dekenal nama HAMKA . Nama tersebut diberikan oleh Ayahnya dengan sebab beliau menyamakan nama anak lelaki bagi tuan guru beliau yang bernama: Syeik Ahmad khatib pada masa beliau belajar di tanah suci  Mekah.
Prosas penyingkatan nama beliau adalah disebab oleh aktiviti beliau dalam bidang penulisan yang bertujuan untuk memudahkan Masyarakat mengenalinya.
HAMKA dilahirkan pada malam isnin tanggal 14 Muharam 1326 H bersamaan 17 Februari 1908 di Kampung Tanah Sirah, Negeri Sungai Batang Maninjau, Minagkabau, Sumatera Barat.
Menurut satu sumber lain, beliau dikatakan lahir pada tahun 1325 H bersamaan 1908. Namun penulis memilih sumber pertama memandangkan maklumat tersebut adalah daripada HAMKA sendiri.
HAMKA kembali kerahmatulah pada 21 Jun 1945, di Jarkata. Pada Umurnya 73 tahun
KETURUNAN BELIAU     
Beliau berasal dari keturunan ulama’ yang terkenal di Sumatera. Moyang beliau, Syeikh Abdullah Arif merupakan seorang ulama’ yang datang dari Pauh Pariaman terkenal dengan gelaran Tuanku Pariaman dan Tuanku Nan Tuo di Koto Tuo dan menjadi pelopor gerakan Islam di Minangkabau. Datuknya pula, Syeikh Muhammad Amrullah terkenal dengan gelaran ‘Fakih Kisai’ iaitu gelaran khusus bagi penghafaz al-Quran.
Ayahnya, Haji Abdul Karim Amrullah. Beliau merupakan tokoh pelopor gerakan Islam “ Kaum Muda “ di Minangkabau bermula pada tahun 1906. Terkenal dengan gelaran “ Haji Rasul
Ibu HAMKA bernama Siti Safiyah. Ayah dari ibu beliau bernama Gelanggang dan digelar Bagindo Nan Batuah. Semasa mudanya terkenal dengan guru tari, nyanyian dan pencak silat. HAMKA sentiasa mendengar pantun-pantun yang bererti dan mendalam daripadanya.
Pendidikan
Hamka mendapat pendidikan rendah di Sekolah Dasar Maninjau sehingga kelas dua. Ketika usianya mencapai 10 tahun, ayahnya mendirikan Sumatera Thawalib di Padang Panjang. Di situ Hamka mempelajari agama dan mendalami bahasa Arab. Hamka juga pernah mengikuti pengajaran agama di surau dan masjid yang diberikan ulama terkenal seperti Syeikh Ibrahim Musa, Syeikh Ahmad Rasyid, Sutan Mansur, R.M. Surjopranoto, dan Ki Bagus Hadikusumo.
Hamka mula-mula bekerja sebagai guru agama pada tahun 1927 di Perkebunan Tebing Tinggi, Medan dan guru agama di Padang Panjangpada tahun 1929. Hamka kemudian dilantik sebagai dosen di Universitas Islam, Jakarta dan Universitas Muhammadiyah, Padang Panjang dari tahun 1957 hingga tahun 1958. Setelah itu, beliau diangkat menjadi rektor Perguruan Tinggi Islam, Jakarta dan Profesor Universitas Mustopo, Jakarta. Dari tahun 1951 hingga tahun 1960, beliau menjabat sebagai Pegawai Tinggi Agama oleh Menteri Agama Indonesia, tetapi meletakkan jabatan itu ketika Sukarno menyuruhnya memilih antara menjadi pegawai negeri atau bergiat dalam politik Majelis Syuro Muslimin Indonesia.

PENGENALAN KITAB TAFSIR AL-AZHAR
Tafsir al-Azhar merupakan kerya Hamka yang meperlihatkan keluasan pengetahuan beliau, hampir mencukupi semua disiplin ilmu penuh berinfotmasi. Ia berasal dari siri kuliah subuh yang disampaikan oleh Hamka di masjid al-Azhar yang terletak di kebayoran baru Jarkarta sejak tahun 1959
Nama al-Azhar bagi masjid tersebut telah diberikan oleh Syeik Muhmod Syaltout, Rektor Universiti al-Azhar semasa melawatan Indonesia pada Disember 1960 dengan harapan ianya akan menjadi al-Azhar di Jakarta.
Penama tafsir Hamka dengan nama Tafsir al-Azhar bersepena dengan tempat lahirnya tafsir tersebut iaitu Masjid Agung al-Azhar
Faktor Penulisan Tafsir al-Azhar
Terdapat beberapa faktor yang mendorong HAMKA kepada penghasilan karya tersebut. HAMKA menyatakan faktor tersebut dalam mukadimah kitab tafsirnya. Antaranya ialah kesedaran beliau terhadap kepentingan untuk menanam semangat dan kepercayaan Islam dalam jiwa belia-belia di alam Melayu khususnya beliaa-belia di Indonesia yang amat berminat untuk memahami al-Quran tetapi tehalang akibat ketidakmampuan mereka menguasai ilmu Bahasa Arab.
Kecenderungan beliau terhadap penulisan tafsir ini juga bertujuan untuk memudahkan pemahaman para muballigh dan para pendakwah serta meningkatkan keberkesanan dalam penyampaian khutbah-khutbah yang diambil daripada sumber-sumber Bahasa Arab .
PENULISAN TAFSIR AL0AZHAR 
HAMKA telah memulakan ulasan Tafsir Al-Azharnya dengan surah al-Mukminun bukannya surah al-Baqarah kerana beranggapan kemungkinan beliau tidak sempat menyempurnakan ulasan lengkap terhadap tafsiran tersebut semasa hayatnya.
Penulisan tafsir tersebut bermula melalui siri kuliah Subuh yang disampaikan oleh HAMKA di Masjid al-Azhar dan diterbitkan dalam majalah ‘Panji Masyarakat’. Siri kuliah tersebut berterusan sehinggalah berlaku kekacauan politik di mana masjid tersebut telah dituduh menjadi sarang “Neo Masyumi” dan “Hamkaisme”. Rentetan daripada tuduhan tersebut, penerbitan Panji Masyarakat diharamkan.
Bagi memastikan siri kuliah Subuh yang menjadi medan dakwah pada ketika itu tidak terhenti begitu sahaja, beliau telah mengambil langkah dengan memuatkannya pula di dalam majalah Gema Islam sehingga Januari 1962. Namun ia hanyalah satu setengah juzu’ sahaja iaitu dari juzu’ 18 hinggalah juzu’ 19 bermula dengan tafsiran surah al-Mukminun
Namun, tanpa diduga pada tarikh 12 Ramadhan 1383 bersamaan 27 Januari 1964 , HAMKA telah ditangkap dan dimasukkan ke dalam tahanan selama dua tahun oleh penguasa Orde Lama iaitu ketika pemerintahan Sukarno. Dengan itu, bermulalah kehidupan HAMKA sebagai tahanan politik  dan penulis sepenuh masa terhadap penulisan tafsir yang telah dimulakan sebelum ini.
Sepanjang kehidupan dalam tahanan , HAMKA banyak memperuntukkan masa untuk beribadah kepada Allah, mengarang tafsir di waktu pagi, membaca buku di waktu petang, tilawah al-Quran pada waktu maghrib dan Isya’ dan di sepertiga malam beliau menunaikan solat sunat tahajjud hampir setiap malam.
Setelah kejatuhan Orde Lama dan tampuk pemerintahan beralih kepada kepimpinan Soeharto, HAMKA dibebaskan dari tuduhan pada 21 Januari 1966. Kesempatan masa yang masih ada digunakan beliau untuk memperbaiki serta menyempurnakan Tafsir Al-Azhar yang telah ditulis semasa dalam tahanan.
PENERBITAN TAFSIR AI-AZHAR
Tafsir Al-Azhar telah ditulis dalam 30 jilid, menyamai bilangan juzu’ al-Quran dan pada bahagian akhir setiap jilid, HAMKA telah mencatatkan tempat jilid tersebut ditulis.Penerbitan pertama Tafsir Al-Azhar pada tahun 1968, diterbitkan oleh penerbit Pembimbing Masa yang merangkumi juzu’ pertama hingga juzu’ keempat. Seterusnya diterbitkan pula juzu’ 30 dan juzu’ 15 hinggalah juzu’ 29 oleh Pustaka Islam Surabaya pada tahun 1973. Akhir sekali terbitan Yayasan Nurul Islam Jakarta iaitu dari juzu’ 5 hinggalah juzu’ 14 pada tahun 1975.
MENTHOD PENULISAN TAFSIR AL-AZHAR
Dalam penulisan Tafsir Al-Azhar, HAMKA menggunakan kaedah pentafsiran yang mempunyai syarat-syarat pentafsiran al-Quran yang digariskan oleh para ulama’ tafsir . Beliau menyatakan metode pentafsiran yang digunakan pada bahagian pendahuluan kitab tafsir tersebut iaitu di bawah tajuk kecil, ‘ Haluan Tafsir’.
Setelah penelitian dilakukan, HAMKA didapati menggunakan metode-metode berikut ketika mentafsirkan al-Quran :
TAFSIR AL-QURAN DENGAN AL-QURAN
HAMKA didapati mengaplikasikan metode ini dalam mentafsirkan ayat al-Quran sebagaimana ulama’ tafsir yang lain iaitu sumber yang ma’thur. Namun, tidak kesemua ayat-ayat al-Quran ditafsirkan dengan metode tersebut. Penggunaan metode tersebut dapat dilihat ketika beliau mentafsirkan ayat 60 surah al-Qasas. Firman Allah ta’ala :
Maksudnya : Dan apa jua pun yang dianugerahkan kepada kamu maka itu adalah nikmat hidup di dunia dan perhiasannya belaka. Dan apa yang ada disisi Allah, itulah yang baik dan lebih kekal. Apakah tidak kamu fahamkah ?
Ayat di atas menceritakan bahawa sebarang nikmat atau perhiasan yang dikurniakan adalah nimat di dunia tetapi yang kekal adalah apa yang ada disisi Allah. Islam tidak melarang bagi manusia untuk menerima perhiasan hidup di dunia kerana sememangnya itulahyang menjadi keinginan manusia.
Bagi menjelaskan bentuk perhiasan tersebut, HAMKA membawakan ayat 14 surah ali Imran :
Maksudnya : Dihiaskan bagi manusia cinta syahwat, dari perempuan-perempuan dan anak-anak dan kekayaan yang tersimpan, dari emas dan perak dan kuda kenderaan tersedia dan binatang-binatang ternak dan bercucuk-tanam. Itu semuanya adalah perhiasan hidup di dunia. Dan Allah di sisinya tersedia sebaik-baik persiapan.
HAMKA menjelaskan bahawa semua perhiasan tersebut adalah benar belaka tetapi beliau menegaskan bahawa ianya hanyalah perhiasan dunia yang tidak kekal. Yang kekal adalah syura Allah yang telah tersedia bagi mereka yang beramal soleh.
TAFSIR AL-QURAN DENGAN AL-HADIS
HAMKA turut tidak meninggalkan metode kedua terpenting dalam pentafsiran al-Quran iaitu tafsir al-Quran dengan al-Hadith yang mana hadis merupakan sumber kedua selepas al-Quran. Penggunaan metode ini dikesan dalam pentafsiran ayat 104 surah ali Imran :
Maksudnya : Hendaklah ada antara kamu satu golongan yang mengajak kepada kebaikan, menyuruh berbuat makruf dan melarang perbuatan mungkar, Dan mereka itu ialah orang-orang yang beroleh kemenangan.
Ayat di atas menerangkan tentang perintah amar makruf dan nahi mungkar. Beliau mendatangkan beberapa buah hadis bagi menjelaskan tentang kepentingan perintah tersebut setelah dibawa penerangan panjang lebar tentang maksud istilah-istilah tersebut. Terdapat tiga buah hadis yang diketengahkan iaitu hadis Huzaifah r.a yang diriwayatkan oleh al-Tirmidhi, hadis Abu Sa’id al-Khudri yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan al-Tirmidhi dan hadis Abdullah bin Mas’ud yang diriwayatkan oleh imam Muslim
Beliau kemudiannya membuat ulasan terhadap ketiga-tiga hadis dan perkaitannya dengan dakwah.
PENDAPAT ULAMA TABI’IN
Antara tafsiran Ayat al-Quran yang mengandungi metode ini ialah tafsiran terhadap ayat 65 surah al-Naml :
   
65. Katakanlah lagi: tiada sesiapapun di langit dan di bumi Yang mengetahui perkara Yang ghaib melainkan Allah!" dan tiadalah mereka menyedari Bilakah masing-masing akan dibangkitkan hidup semula (Sesudah mati).
Ayat tersebut menerangkan tentang pengetahuan terhadap perkara ghaib hanya diketahui oleh Allah sahaja. Dalam perkara  ini, HAMKA membawakan pendapat seorang tabi’in iaitu Qatadah tentang kedudukan orang-orang yang mempercayai ilmu bintang atau Astrologi. Menurut Qatadah sekiranya seseorang itu menyalahgunakan faedah Allah menjadikan bintang-bintang (perhiasan, petunjuk dan panahan terhadap syaitan) maka kedudukannya adalah sesat.
PENGAMBILAN RIWAYAT DARI KITAB  TAFSIR MUKTABARI
HAMKA turut merujuk kitab-kitab tafsir yang lain dalam pentafsiran beliau. Antaranya Tafsir al-Manar karang Sayyid Rasyid Reda, Mafatih al-Ghayb karangan al-Razi dan lain-lain lagi. Ini menunjukkan bahawa beliau tidak terikat kepada satu bahan sahaja tetapi berbagai jenis bahan bagi memastikan ketepatan dan kesesuaian tafsiran beliau agar tidak lari terlalu jauh.
Sebagai contoh, dibawakan tafsiran beliau terhadap ayat 82 dari surah al-Naml. Firman Allah ta’ala :
Maksudnya : Dan apabila sabda telah jatuh atas mereka, Kami keluarkanlah sejenis binatang melata dari bumi yang akan mengatakan kepada mereka bahawa sesungguhnya manusia pernahlah tidak yakin kepada ayat-ayat Kami.
Dalam ayat tersebut, diterangkan bahawa apabila telah datang masanya kelak, Akan berlaku suatu perkara di kala manusia sudah lupa dan lalai terhadap agamnya di mana akan keluar dari dalam bumi semacam binatang yang disebut sebagai dabbah yang bermaksud binatang melata yang merangkak.
HAMKA membawakan tafsiran al-Razi tentang perbagai pentafsiran dabbah iaitu 5 keadaan berdasarkan perbagai riwayat . Beliau juga turut membawa tafsiran Ibn Kathir dalam kitab Tafsir al-Quran al-Azim mengenai perkara yang sama.
PENGUNAAN SYAIR
HAMKA dikenali sebagai pujangga Islam dan sasterawan. Oleh yang demikian, beliau turut memasukkan unsur-unsur syair dalam ulasan terhadap ayat-ayat alQuran. Syair-syair tersebut sama ada nukilan beliau sendiri ataupun nukilan sasterawan Islam yang lain seperti Iqbal. Namun, kekerapan beliau menggunakan syair-syair dalam ulasan beliau amat sedikit.
Antara ayat-ayat al-Quran yang beliau gunakan syair sebagai penerangan lanjut dalam ulasan beliau ialah pentafsiran ayat 158 surah ali Imran :
Maksudnya : Dan sesungguhnya jika kamu mati atau terbunuh, kepada Allahlah kamu akan dikumpulkan.
Dalam ayat di atas, HAMKA menjelaskan apa pun sebab musabab kematian seseorang sama ada mati kerana syahid , sakit dan sebagainya akan dikumpulkan di hadapan Allah ta’ala untuk dihisab. Perhitungan tersebut adalah berkaitan tentang tujuan hidup setiap manusia kerana tujuan hidup itulah yang menentukan nilai hidup bukan berdasarkan lama mana kehidupan di dunia. Di sini beliau membawakan serangkap syair Iqbal yang menggambarkan tentang nilai hidup tersebut :
Umur bukan hitungan tahun,
Hidup bukan bilangan masa.
Sehari hidup singa di rimba,
Seribu tahun hitungan domba.
Karya yang dikeluar oleh Dr.Hamka
1.     Khatibul Ummah, Jilid 1-3. Ditulis dalam huruf Arab.
2.     Si Sabariah. (1928)
3.     Pembela Islam (Tarikh Saidina Abu Bakar Shiddiq),1929.
4.     Adat Minangkabau dan agama Islam (1929).
5.     Ringkasan tarikh Ummat Islam (1929).
6.     Kepentingan melakukan tabligh (1929).
7.     Hikmat Isra' dan Mikraj.
8.     Arkanul Islam (1932) di Makassar.
9.     Laila Majnun (1932) Balai Pustaka.
10. Majallah 'Tentera' (4 nomor) 1932, di Makassar.
11. Majallah Al-Mahdi (9 nomor) 1932 di Makassar.
12. Mati mengandung malu (Salinan Al-Manfaluthi) 1934.
13. Di Bawah Lindungan Ka'bah (1936) Pedoman Masyarakat,Balai Pustaka.
14. Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck (1937), Pedoman Masyarakat, Balai Pustaka.
15. Di Dalam Lembah Kehidupan 1939, Pedoman Masyarakat, Balai Pustaka.
16. Merantau ke Deli (1940), Pedoman Masyarakat, Toko Buku Syarkawi.
17. Margaretta Gauthier (terjemahan) 1940.
18. Tuan Direktur 1939.
19. Dijemput mamaknya,1939.
20. Keadilan Ilahy 1939.
21. Tashawwuf Modern 1939.
22. Falsafah Hidup 1939.
23. Lembaga Hidup 1940.
24. Lembaga Budi 1940.
25. Majallah 'SEMANGAT ISLAM' (Zaman Jepang 1943).
26. Majallah 'MENARA' (Terbit di Padang Panjang), sesudah revolusi 1946.
27. Negara Islam (1946).
28. Islam dan Demokrasi,1946.
29. Revolusi Pikiran,1946.
30. Revolusi Agama,1946.
31. Adat Minangkabau menghadapi Revolusi,1946.
32. Dibantingkan ombak masyarakat,1946.
33. Didalam Lembah cita-cita,1946.
34. Sesudah naskah Renville,1947.
35. Pidato Pembelaan Peristiwa Tiga Maret,1947.
36. Menunggu Beduk berbunyi,1949 di Bukittinggi,Sedang Konperansi Meja Bundar.
37. Ayahku,1950 di Jakarta.
38. Mandi Cahaya di Tanah Suci. 1950.
39. Mengembara Dilembah Nyl. 1950.
40. Ditepi Sungai Dajlah. 1950.
41. Kenangan-kenangan hidup 1,autobiografi sejak lahir 1908 sampai pd tahun 1950.
42. Kenangan-kenangan hidup 2.
43. Kenangan-kenangan hidup 3.
44. Kenangan-kenangan hidup 4.
45. Sejarah Ummat Islam Jilid 1,ditulis tahun 1938 diangsur sampai 1950.
46. Sejarah Ummat Islam Jilid 2.
47. Sejarah Ummat Islam Jilid 3.
48. Sejarah Ummat Islam Jilid 4.
49. Pedoman Mubaligh Islam,Cetakan 1 1937 ; Cetakan ke 2 tahun 1950.
50. Pribadi,1950.
51. Agama dan perempuan,1939.
52. Muhammadiyah melalui 3 zaman,1946,di Padang Panjang.
53. 1001 Soal Hidup (Kumpulan karangan dr Pedoman Masyarakat, dibukukan 1950).
54. Pelajaran Agama Islam,1956.
55. Perkembangan Tashawwuf dr abad ke abad,1952.
56. Empat bulan di Amerika,1953 Jilid 1.
57. Empat bulan di Amerika Jilid 2.
58. Pengaruh ajaran Muhammad Abduh di Indonesia (Pidato di Kairo 1958), utk Doktor Honoris Causa.
59. Soal jawab 1960, disalin dari karangan-karangan Majalah GEMA ISLAM.
60. Dari Perbendaharaan Lama, 1963 dicetak oleh M. Arbie, Medan; dan 1982 oleh Pustaka Panjimas, Jakarta.
61. Lembaga Hikmat,1953 oleh Bulan Bintang, Jakarta.
62. Islam dan Kebatinan,1972; Bulan Bintang.
63. Fakta dan Khayal Tuanku Rao, 1970.
64. Sayid Jamaluddin Al-Afhany 1965, Bulan Bintang.
65. Ekspansi Ideologi (Alghazwul Fikri), 1963, Bulan Bintang.
66. Hak Asasi Manusia dipandang dari segi Islam 1968.
67. Falsafah Ideologi Islam 1950(sekembali dr Mekkah).
68. Keadilan Sosial dalam Islam 1950 (sekembali dr Mekkah).
69. Cita-cita kenegaraan dalam ajaran Islam (Kuliah umum) di Universiti Keristan 1970.
70. Studi Islam 1973, diterbitkan oleh Panji Masyarakat.
71. Himpunan Khutbah-khutbah.
72. Urat Tunggang Pancasila.
73. Doa-doa Rasulullah S.A.W,1974.
74. Sejarah Islam di Sumatera.
75. Bohong di Dunia.
76. Muhammadiyah di Minangkabau 1975,(Menyambut Kongres Muhammadiyah di Padang).
77. Pandangan Hidup Muslim,1960.
78. Kedudukan perempuan dalam Islam,1973.