วันอังคารที่ 26 พฤศจิกายน พ.ศ. 2556
Mengapa virus wahhabi merosakkan agama ?
·
Mengapa virus wahhabi merosakkan agama ?
Antaranya dengan bukti-bukti jelas ini :
1. Pentaksub Wahhabi ini tidak mengaku dirinya wahhabi tetapi masuk ke page ini dan terus menyerang kami tanpa membaca pendedahan dan bukti serta hujjah yang telah diberikan.
2. Menipu atas nama Imam Asy Syafie : Mengatakan Imam Asy Syafie MELARANG Zikir Jahr Berjemaah selepas solat.
3. Mengqiyaskan Rasulullah MELARANG membaca zikir secara jahr selepas solat dengan membaca al Quran. Pandai betul pentaksub wahhabi ini berbohong.
4. Semasa Qiyam dalam Solat mesti atas dada dan terus dipersetujui pentaksub ini.
5. Menghasut agar umat Islam tidak membaca Kitab Ihya' Ulumiddin karangan Imam al Ghazali dengan hanya menyertakan kritikan Imam Ibnu Kathir terhadap kitab ini.
Jawapan telah kami berikan namun akibat virus wahhabi. Ia tetap selesa berada di zon BERBOHONG terhadap Rasulullah dan salafussoleh dan merapu.
KAMI KONGSIKAN JAWAPAN :
Jawapan no 2.
Imam Asy Syafie tidak pernah melarang membaca wirid secara jahar.
Al-Rabi’ telah mengkhabarkan kepada kami dan berkata: al-Syafie telah mengkhabarkan kepada kami, dan berkata: Ibrahim bin Muhammad telah mengkhabarkan kepada kami, dan berkata: telah menyampaikan hadith ini Musa bin ‘Uqbah, dari Abi al-Zubair, sesungguh beliau mendengar Abdullah bin Zubair berkata:
“Adalah Rasulullah SAW apabila memberi salam selepas solat, berkata dengan lafaz yang kuat: La ilaha illallahu wahdahula syarikalah lahulmulkuwalahul hamdu wahuwa ‘ala kulli syai`in qadir, wala haula wala quwwata illa billah, wala na’budu illa iyyahu, lahulni’mah, walahulfadhl, walahulthana`ul hasanu, la ilaha illallhu mukhlisina lahuddin walau karihal kafirun”. Berkata al-Syafie: “Dan amalan ini harus untuk Imam dan tidak (harus) untuk makmum. Dan al-Syafie berkata lagi: “Dan mana-mana Imam yang berzikir dengan apa yang aku nyatakan, secara kuat, mahupun senyap, atau selain dari cara keduanya, maka ia adalah baik (hasan). Dan aku memilih (pendapatku) untuk Imam dan makmum berzikir kepada Allah selepas selesai solat, kedua-duanya berzikir dengan senyap. Kecuali sekiranya Imam dalam keadaan wajib dipelajari darinya sesuatu (cara bacaan berzikir), maka dia boleh melantangkan zikir sehingga ia melihat sesungguhnya mereka telah mempelajari darinya, kemudian dia berzikir secara senyap”.
(Tamat petikan dari Kitab al-‘Umm: Jilid 1, Hal. 241, 242)
Jawapan no 3.
Membaca zikir secara Jahr selepas solat fardhu.
Amalan meninggikan suara berzikir selesai solat Fardhu ini dilakukan berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Abbas RA yang berkata: Raf’u al-Saut bilzikr Hina yansarifunnas minalmaktubah kana ‘ala ‘ahd al-Nabi SAW, yang bermaksud:
Meninggikan suara berzikir selepas orang ramai selesai daripada solat fardhu telahpun berlaku di zaman Nabi SAW.
(Lihat Fath al-Bari, Bab al-Zikr Ba’d al-Solah, Jilid 2, Hal: 259 dan Syarh Sahih Muslim, Bab al-Zikr Ba’d al-Solah, Jilid 4-6, Hal:234-235).
Bahkan Ibn Abbas mengatakan lagi:
Saya tahu bahawa mereka selesai menunaikan solat apabila saya mendengar zikir.
Dalam riwayat yang lain sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Ibnu Abbas RA mengatakan: Saya mengetahui tamatnya solat Rasulullah SAW dengan laungan takbir. Lihat bagaimana Ibn Hajar mengulas kata-kata Ibn Abbas tersebut:
Daripada riwayat di atas, seolah-olah menggambarkan bahawa mereka (para sahabat) memulakan zikir mereka dengan takbir (Allahu akbar) selepas solat mendahului tasbih dan tahmid (Perbezaan riwayat mana yang didahulukan antara tasbih, tahmid dan takbir)
(Fath al-Bari:2/259).
Hadith riwayat Ibn Abbas yang menerangkan perlakuan Rasulullah SAW dan huraian Ibn Hajar menunjukkan secara nyata bagaimana Rasulullah SAW dan para sahabat RA berzikir secara lantang dan berjemaah.
Pandangan Imam al-Nawawi terhadap hadith Ibn ‘Abbas:
Imam al-Nawawi Rahimahullah berkata: Ini dalil terhadap apa yang dipegang oleh sebahagian ulama Salaf iaitu disunatkan meninggikan suara dengan zikir al-takbir (Allahu akbar) dan zikir-zikir lain selepas solat fardhu. Manakala ulama mutaakhirin yang turut menghukumkannya sunnah ialah Ibn Hazam al-Zahiri.
Imam al-Nawawi menambah lagi:
“Katanya: (Telah mengkhabarkan kepadaku Abu Ma’bad kemudian dia menafikannya) pada menjadikannya hujah (dalil) oleh Muslim dengan hadith ini, merupakan bukti bahawa dia (Imam Muslim) berpegang sahihnya hadith (Ibn ‘Abbas) ini walaupun dinafikan oleh perawi asalnya, kerana yang merawikannya itu thiqah (diyakini). Ini merupakan mazhab jumhur ulama sama ada ulama hadith, fuqaha` atau ulama usul fiqh”.
(Tamat nukilan dari kitab Syarh Sahih Muslim: Jilid 4-6, hal. 237). Maksud yang sama dihuraikan oleh Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani dalam kitabnya Fath al-Bari (Bab al-Zikr Ba’d al-Solah, Jilid 2, hal. 260).
Jawapan no 4 :
Nak letak tangan atas dada tiada masalah. Tetapi mengatakan MESTI letak tangan masa qiyam atas dada memang bermasalah.
Jumhur ulamak menyatakan posisi tangan semasa qiam adalah di atas pusat di bawah dada dan bukan di atas dada. Rujuk (Al fiqhu Al Islamy wa adillatuhu - Dr Wahbah Az Zuhaili), Subulus Salam, Fathu al qadir wal Inayah, Al Badai', Tabyiinu al Haqaiq, Ad Durru al Muhtar, Maraqiy al Falah, al Majmu' dan banyak kitab ulamak muktabar yang lain.
Jawapan no 5 :
Pandangan Ulamak Muktabar terhadap Kitab Ihya' Ulumiddin
Imam Nawawi berkata, "Jika kitab-kitab Islam hilang (nauzubillah) dan yg kekal hanya Ihya', sesungguhnya ia akan menampung apa yg hilang."
Imam Abdullah Al-'Idrus berkata, "Aku duduk bertahun-tahun menelaah kitab Ihya' , setiap fasal dan huruf daripadanya. Dan aku ulanginya dan menghayatinya. Maka zahir kepadaku daripada perbuatan itu akan ilmu-ilmu, rahsia-rahsia dan kefahaman-kefahaman yg melimpah pada setiap hari berbeza dengan apa yg aku dapat pada hari sebelumnya."
Beliau juga mengatakan Imam Ghazali telah mensyarahkan manhaj Al-Quran dan As-Sunnah dalam kitabnya yg hebat yg digelar, أعجوبة الزمان (Keajaiban Zaman) Ihya'Ulumiddin.
Anak beliau pula, Syeikh Abdul Qadir Al-'Idrus, pengarang kitab Takrif Al-Ahya' bi Fadhlil Ihya' memuji Imam Ghazali dan karyanya Ihya' dengan pujian yg amat baik.
Imam Muhammad bin Yahya berkata, "Al-Ghazali ialah Syafie yg kedua."
Takhrij Hadith Ihya'
Antara individu yg paling berjasa kepada Imam Ghazali ialah Al-Hafiz Zainuddin Al-'Iraqi (wafat 806H). Ulama besar hadith ini telah bertindak mentakhrijkan keseluruhan hadith di dalam kitab Ihya'. Beliau menyatakan status hadith yg telah memudahkan untuk mengetahui hadith yg sohih, hasan dan maudu'. Pembelaan cara ini boleh dianggap sebagai pembelaan paling hebat dan ulung terhadap kitab Ihya'. Sehingga tidak salah jika dikatakan bahawa setiap cetakan kitab Ihya' pada hari ini pasti disertakan sekali takhrij Al-'Iraqi iaitu 'Al-Mughni 'an Hamlil Asfar fi Takhrij Ma fil Ihya' min Akhbar.
Selamat Tinggal Wahhabi.
rujuk
fb: Kami Tidak Mahu Fahaman Wahhabi Di Malaysia ·
HUKUM BERSENTUHAN LELAKI DAN PEREMPUAN
. بِسْمِ اللهِ الرَحْمـٰنِ الرَحيمِ
assalamualaikum warahmatullahhiwabaroktuh
INI SUATU FASAL PADA MENYATAKAN HUKUM BERSENTUHAN LELAKI DAN PEREMPUAN
______________________________________________
ada satu makhluk ALLAH taala yang menyatakan bahawa harus atau boleh bagi seseorang lelaki dan perempuan itu bersentuhan walau bukan muhrimnya..pendapat ulamak golongan ini{antaranya ulamak kaum muda} adalah pendapat yang bercanggah dengan pendapat ulamak kita hli sunnah waljamaah..
ulamak kita ahli sunnah waljamaah menyatakn haram bersentuh lelaki dan perempuan bukan muhrim walaupun berlapik sekalipun..tidak kira mengundang nafsu syahwat atau tidak
kita belajar dipondok,bukan sentuh saja dilarang bahkan melihat akan siperempuan juga dilarang kerana dikhuatiri menuju jalan maksiat,kerana kata syeikh qodir,ianya dipnggil zina mata..jadi,jika melihat pun dah mengundang maksiat,maka apatah lagi
menyentuh akan yang bukan muhrim,..maka haram hukumnya menyentuh itu
dalam bab ini tak masuk universiti pun tak apa,kerana
kita belajar fardhu ain sejak kecil lagi pon guru-guru selalu menyatakan bahawa haram bersentuhan lelaki dan perempuan,
dalilnya:Imam an-Nawawi rahimahullah menjelaskan:
معنى الحديث أن بن آدم قدر عليه نصيب من الزنى فمنهم من يكون زناه حقيقيا بادخال الفرج في الفرج الحرام ومنهم من يكون زناه مجازا بالنظر الحرام اوالاستماع إلى الزنى وما يتعلق بتحصيله او بالمس باليد بأن يمس أجنبية بيده او يقبلها او بالمشي بالرجل إلى الزنى اوالنظر او اللمس او الحديث الحرام مع اجنبية ونحو ذلك او بالفكر بالقلب
Arti hadis di atas adalah bahawa setiap anak Adam itu ditakdirkan untuk melakukan perbuatan zina. Di antara mereka itu ada yang melakukan zina dengan sebenar-benarnya, iaitu dengan memasukkan kemaluannya ke dalam kemaluan wanita secara haram. Di antara mereka ada juga zinanya secara majaaz (kiasan), yakni dengan melihat perkara-perkara yang haram, atau dengan mendengar sesuatu yang mengajak kepada jalan menuju perzinaan dan usaha-usaha untuk melakukan kearah zina, atau dengan sentuhan tangan, atau menyentuh wanita ajnabiyah (yang bukan mahram) dengan tangannya, atau menciumnya.
Atau dengan melangkah kaki menuju tempat perzinaan, melihat, menyentuh, atau berkata-kata dengan kaedah atau cara yang haram bersama dengan wanita ajnabiyah (yang bukan mahram), atau berangan-angan/berkhayal (imaginasi/berniat) dengan hatinya. (an-Nawawi, al-Minhaj Syarah Shohih Muslim, 16/206)
ini adalah kata-kata dari imam nawawi..beliau ini mendapat gelaran imam,menunjukkan betapa tinggi kehebatan dikalangan para-para ulamak...jadi,sebagi seorang yang berfikiran waras pemikiranya,maka adalah mesti kita mengikut pandangan yang lebih jelas
ingat,ulamak itu terbahagi kepada 2,pertama ulamak yang baik,kedua ulamak yng suuk yakni ulamak yang jahat..
dalil lain pula,Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
كُتِبَ عَلَى ابْنِ آدَمَ نَصِيبُهُ مِنْ الزِّنَا مُدْرِكٌ ذَلِكَ لَا مَحَالَةَ فَالْعَيْنَانِ زِنَاهُمَا النَّظَرُ وَالْأُذُنَانِ زِنَاهُمَا الِاسْتِمَاعُ وَاللِّسَانُ زِنَاهُ الْكَلَامُ وَالْيَدُ زِنَاهَا الْبَطْشُ وَالرِّجْلُ زِنَاهَا الْخُطَا وَالْقَلْبُ يَهْوَى وَيَتَمَنَّى وَيُصَدِّقُ ذَلِكَ الْفَرْجُ وَيُكَذِّبُهُ
Artinya, persoalan anak Adam berkaitan zina telah ditentukan. Tidak mustahil, ia pasti melakukannya. Dua mata berzina dengan melihat, dua telinga berzina dengan mendengar, lidah berzina dengan berkata-kata, tangan berzina dengan menyentuh, kaki berzina dengan melangkah, hati berzina dengan angan-angan (kehendak), dan kemaluanlah yang akan membenarkan (merealisasikan) atau mendustakan semua itu. (Hadis Riwayat Muslim, Shohih Muslim, 13/125, no. 4802)
boleh juga rujuk kitab lama pondok penawar bagi hati yang dikarang oleh syeikh qodir al mandili pada pasal yang keenam dan fasal yang ketujuh pada menyatakan dua tangan dan dua kaki
=>antara kata-kata syeikh qodir didalam kitabnya,bahawasanya ALLAH taala menjadikan ia bagi engkau{yakni bagi manfaat engkau} akan dua tngan dan dua kaki kerana manfaat yang bangsa akhrat dan bangsa dunia bukanya atas kegunaan maksiat dan sebagainya..
bagi ambo yang hina ini,kalau ada ustaz/ustazah yang menghalalkan barang yang halal ini maka tersengih lah masyarakat yang buat maksiat diluar sana bahkan tok imam pun buleh tercabut kopiah,kerana bertentangan dengan hukum yang sebenar..ingat islam itu bukan barang main-main..
masyaALLAH,akhir zaman ramai yang nak mengajar tapi tiada ia belajar..siapa la yang cerdik bagi dia pangkat ustaz/ustazah
baik tak da sijil dan tauliah dari buat kucar-kacir kepada masyarakat..baik tok guru pondok jugak walaupun tiada tauliah,tetapi mnyebarkan ilmu yang sahih dan tidak bercanggah dengan syarak..
siapa kata tiada nas yang sahih ?
hadis Nabi kita muhammad sallallahualaihiwasallam yang bermaksud :
“Apabila lelaki dan perempuan yg bukan mahram bersalam atau bersentuh dengan sengaja , pada hari akhirat nanti akan dibakar tangannya sehingga hancur badannya”
maka siapa yang tidak ia mengikut hukum yang sbenar maka seksalah baginya dihari akhirat kelak..
sama-sama kita usaha mencari lmu dengn berguru kerana kahir zaman ini,ramai golonga yang jahil mngajar,kerana apabil dapat baca kitb sedikit sebanyak,sedangkan tidak beljar ia dengan berguru,maka mengajarlah ia ilmu itu,maka mengundang bahaya
kepda masyrakat dan diri sipengajar di akhirat kelak
adapun semualia-mulia nabi berguru,apatah lagi kita yang jahil ini
ketahuilah,barang siapa yang belajar tampa guru,maka syaitnlah gurunya..maka adalah rugi bagi mereka yang menuntut itu,
kata tuan guru ambo,pok su hamid gunung,seorang yang hebat dalam ilmu pengajian pondok ada mengatakan, bahawa akhir zaman ini ramai yang mengajar,tetapi tiada padanya ilmu..dan mengajarnya itu mengikut pahaman pikiran jahilnya dengan agak-agak pikiranya sahaja kerana tidak ada baginya mencari ilmu dengan berguru,yakni tidak mengikut sunnah rasul dalam mencari ilmu..
,kata imam al ghazali
..maka tiadalah bginya berkat kerana tidak belajar secara berguru
masyaALLAH,semoga sama-sama kita{termasuk ambo yang banyak jahil serta serba kurang disisi ALLAH ini} berusaha dalam barang yang menuju akhirat ini dengan jalan yang benar disisi ALLAH subhnahuwataala
insyaALLAH
{banyak sangat lagi dalil haram bersentuh lelaki dan perempuan,yang telah dinyatakan oleh para ulamak ahli sunnah waljamaah kita tetapi ambo petik sikit jah dalil nya semoga paham kita dalam bab ini insya ALLAH,moga diampunkan dosa ambo jika tersilap dalam kata-kata ambo ini, astagfirullah hallazim
Al-Amir Ibnu Idris Al-Kelantany

Tok Bermin
Al-Amir Ibnu Idris Al-Kelantany
27 มิถุนายน
Al-Marhum Tuan Guru Haji Muhammad bin Haji Wan Idris Bermin al-Fathani atau lebih dikenali dengan panggilan Tok Bermin (1290H/1873M - Khamis 29 Zulkaedah 1376H/27 Jun 1957M). Beliau merupakan shahabat kepada Tok Kenali dan Tok Kelaba.
Di dalam sebuah manuskrip tulisan tangan Tok Bermin yang dimiliki oleh al-Marhum Tuan Guru Haji Wan Muhammad Shaghir, dimana didalam kitab tersebut Tok Bermin meriwayatkan peristiwa kedatangan dua orang dari Minangkabau ke Legor menyebarkan ajaran Kaum Muda [Wahabi]. Mukadimah tulisan Tok Bermin adalah sebagai berikut:
Dan adalah pada hari Sabtu, 26 Syawal, dan hari Isnin, 28 Syawal juga, pada tahun [atau] sanah 1347 [Hijrah], perhamba al-Haji Wan Muhammad Bermin, Jambu, periksa dan tanya akan ‘Abdullah dan Burhan orang Minangkabau. Yang keduanya [itu adalah] setengah daripada Kaum Muda [Wahabi] yang duduk berjalan menyesatkan orang-orang. Di dalam negeri Legor diperiksa di dalam Masjid al-Haji Mat, Kampung Baru. Dan di dalam Masjid al-Haji Mahmud di hadapan Imam Shiddiq, dan Penghulu Hamzah, dan al-Haji Mat sendiri dan al-Haji Mahmud, dan beberapa banyak daripada manusia.
[Tarikh kejadian yang disebut oleh Tok Bermin iaitu 26 dan 28 Syawal 1347H itu adalah bersamaan dengan 6 dan 8 April 1929M. Memperhatikan tarikh ini bererti masih dalam lingkungan tahun-tahun yang sama dengan pertentangan Kaum Tua dan Kaum Muda di Sumatera. Tok Bermin lahir pada tahun 1290H/1873M, bererti dia lebih tua sekitar enam tahun daripada Syeikh Abdul Karim Amrullah, pelopor Kaum Muda di Minangkabau yang lahir pada 1296H/ 1879M. Kemungkinan Abdullah dan Burhan yang berasal dari Minangkabau yang disebut oleh Tok Bermin pada petikan di atas adalah termasuk murid Syeikh Abdul Karim Amrullah. Tidak dapat dinafikan bahawa Tok Bermin dan Syeikh Abdul Karim Amrullah telah kenal sejak di Mekah kerana kedua-duanya adalah belajar dengan para ulama Mekah yang sama.]
Selanjutnya Tok Bermin menulis:
Maka telah nyata bahawasanya ‘Abdullah dan Burhan bukan daripada orang yang mengikut Imam Syafie. Bahkan bukan daripada mazhab yang empat. Dan keduanya bawa bercakap dengan kitab bagi Imam Syafie itu kerana menipu dan supaya menyangka orang yang mendengar akan kedua-duanya itu orang yang mengikut Syafie, padahal bukan Syafie.Dan jika tiada keduanya bawa bercakap-cakap dengan ‘Kitab Umm’ itu, nescaya tiada seorang pun mengikut akan keduanya daripada permulaan masuk Abdullah dan Burhan ke dalam negeri Legor.
Tulis Tok Bermin selanjutnya:
Dan sebab keluar keduanya dari mazhab itu, kerana menafi oleh keduanya akan ijmak dan qiyas. Dan keduanya ikut nas al-Quran dan hadits sahaja. Dan padahal ijmak dan qias itu, keduanya adalah setengah daripada dalil-dalil yang buat menghukum ‘ulama’ dengan dia.
Tok Bermin membahaskan perkara tersebut dengan panjang lebar dan mendalam menggunakan hujah-hujah yang mantap ditinjau daripada pelbagai ilmu sebagaimana yang digunakan oleh jumhur ulama. Oleh sebab Tok Bermin memang pakar dalam banyak bidang ilmu, terutama ilmu alat, iaitu nahu dan sharaf. Abdullah dan Burhan kurang mengetahui tentang kedua-dua ilmu itu terpaksa diam saja.
[Tulisan ini adalah merupakan petikan dari tulisan al-Marhum Tuan Guru Haji Wan Muhammad Shaghir Wan Abdullah didalam akhbar Utusan Malaysia, ruangan Ulama Nusantara, Tok Bermin al-Fathani. Semoga Allah melimpahkan rahmatNYA kepada kedua orang ulama' ini.]
Jelas Tok Burmin menolak fahaman kaum muda atau Wahabi ini. Jika kita terima ajaran Wahhabi, maknanya kita tolak fatwa ulama-ulama kita yang dahulu-dahulu yang terkenal dengan ke’aliman dan ketaqwaannya.
Jadi apa ikutan kita?..jauhilah wahabi mujassimah,nauzubillahhiminzalik
สมัครสมาชิก:
บทความ (Atom)