วันพุธที่ 28 พฤศจิกายน พ.ศ. 2555

jual beli yang dilarang oleh Islam


PENDAHULUAN
            Kontrak dari sudut hukum atau sifatnya yang diberikan oleh syaraknya adalah berdasarkan kadar yang melengkapi rukun dan syaratnya. Menurut jumhur ulama fuqaha kontarak terbahagi kepada dua iaitu kontrak sahih dan kontrak tidak sahih.
            Kontrak yang sahih ialah kontrak yang mencukupi syarat dan rukunnya. Manakala kontrak yang tidak sahih pula ialah kontrak yang tidak mencukupi syarat-syarat atau bertentangan dengan hokum syara’. Ia tidak melahir apa-apa kesan. Kontrak tidak  sahih ini mengandungi kontrak batal, dikenali sebagai jual beli yang diharamkan dan tidak sah oleh syarak. dan kontrak fasid, iaitu kontrak jual beli yang diharamkan tetapi sah oleh syarak.
            Ulama mazhab Hanafi membahagikan kontrak kepada sahih,fasid, dan batal. Megikut pandangan mereka Kontrak tidak sahih berbentuk samaada fasid atau batal. [1]
Punca persilisihan pendapat di antara para ulama adalah tentang kedudukkan larangan syarak terhadap sesuatu kontrak. Apakah larangan itu membawa kepada makna fasad[rosak], maksudnya kontrak itu tidak dikira dan berdosa, ataupun apakah ia menyebabkan berdosa sahaja sedangkan kontrak itu kadangkalanya dikira. Selain itu adakah  sama larangan ke atas sesuatu rukun kontrak larangan ke atas sifat yang mencanggahi kontrak?[2]
Menurut jumhur ulama fuqaha’ larangan syarak ke atas sesuatu kontrak member makna ia tidak dipakai sama sekali dan orang yang melakukannya adalah berdosa. Tidak ada perbezaan antara larangan terhadap rukun-rukun kontrak dengan larangan terhadap sifat yang mencanggahi kontrak. Sesiapa yang  amalannya mencangahi perintah syarak maka disifatkan amalan itu sebagai Fasid atau batal, tidak kira sama ada percanggahan itu dengan hakikat kerja atau sifat dan tidak kira sama ada ia dalam Ibadah atau Muamalah.
Menurut pendapat Ulama Mazhab Hanafi, larangan syarak terhadap sesuatu kontrak kadang-kadang bermakna berdosa sahaja bukan bermakna batal. Mereka berpendapat ada perbezaan antara larangan tentang rukun kontrak dan sifatnya. Larangan syarak yang berkaitan dengan asal atau rukun kontrak adalah membatalkan kontrak. Manakala larangan ke atas salah satu sifat kontrak adalah merosakkan [fasad] kontrak sahaja. [3] ini kerana mu’amalah adalah melihatkan kepada sudut kemuslihatan manusia. Jika percanggahan kerja berkaitan dengan hakikat kerjanya itu sendiri, seperti jual beli barang yang tidak ada maka itu tidak mempunyai maslahat sama sekali. Oleh itu ia menjadi jual beli yang batal dan tidak sah oleh syarak.
DIFINISI
KONTRAK JUAL BELI YANG SAHIH
            Kontarak jual beli yang sahih merupakan kontrak yang disyariatkan asalnya [rukun] dan sifatnya. Tidak berguna hak orang lain didalam sesuatu aqad jual beli. Hukumnya ialah kesannya sabit secara otometik. Oleh itu kontrak jual beli yang sahih adalah sabit dengan kesanyan iaitu pertukaran kuasa milik keatas dua barang tukaran itu. Barang yang dijual menjadi milik pembeli manakala harganya menjadi milik penjual. Tukaran kuasa milik ini berlaku sebaik sahaja selesai tawaran dan penerimaan, sekiranya kontrak jual beli tidak mempunyai hak khiyar.
KONTRAK JUAL BELI YANG BATAL
Kontrak jual beli yang batal ialah kontrak jual beli yang terdapat padanya sesuatu kecacatan pada salah satu rukun atau barang kontrak. Ia merupakan suatu kontrak yang tidak disyaratkan asal dan sifatnya. Ertinya orang yang melakukan kontrak ini tidak mempunyai kesempatan untuk berbuat dimikian, ataupun barang kontrak tidak dapat menerima kontrak itu.  Hukom kontrak ini adalah tidak sah sama sekali. Walaupun ada bentuknya dari segi  luaran tetapi ia tidak memindah milik. Contohnya kontrak yang dilakukan oleh seorang kanak-kanak ataupun seorang yang gila ataupun kontrak itu adalah tentang penjualan sesuatu yang tidak kira sebagai harta seperti penjualan bangkai penjualan barang yang tidak bernilai sepreti arak atau babi.
Dengan ertikata lain iaitu jual beli yang diharamkan dan tidak sah, jual beli ini tidak dibenarkan oleh syarak kerana tidak memenuhi rukun-rukun atau syarat-syarat tertentu yang ditetapkan oleh syarak.
KONTRAK JUAL BELI YANG FASID
Kontrak jual beli yang fasid ialah kontrak jual beli yang disyaratkan asalnya[ rukun ] tetapi tidak disyariatkan sifatnya. Maksudnya kontrak itu terbit daripada orang yang mempunyai kesempatan dan dikontrakkan ke atas barang yang boleh  menerima jual beli, tetapi berlaku ke atasnya suatu perkara atau sesuatu sifat yang tidak disyariatkan. Contoh jual beli barang yang majhul[ tidak diketahui ] yang boleh membawa kepada pertikaian.
Dengan erti kata lain iaitu jual beli yang diharamkan tetapi sah, jual beli yang dilarang oleh nas bukan kerana tidak menepati rukun-rukun atau syarat, tetapi kerana sebab-sebab lain. Oleh itu jual beli ini sah walaupun jelas diharamkan dan pelakunya dianggap berdosa.
KAEDAH YANG MEMBEZAKAN ANTARA FASID DAN BATAL
            Jika korosakan yang terdapat itu berkaitan dengan barangan yang dijual, maka jual beli itu termasuk dalam ketogeri jual beli yang batal. Contoh jual beli yang fasid sepreti penjualan arak, babi, bangkai, darah dan binatang buruan tanah haram, Barang yang telah dijual itu tidak member milik sama sekali biarpun barang itu diterima serahan serahannya. Sebab kecacatan berlaku di berlaku pada barang yang dijual sendiri. Arak dan babi tidak sabit milik bagi orang Islam melalui kontrank jual beli itu. Sesuatu jual beli tidak sah jika tidak ada barang yang dijual. Manakala dalam kes penjual bangkai dan darah pula, kedua-duanya tidak kira sebagai harta yang bernilai. Dalam kes binatang tanah Haram atau orang yang sedang dalam Ihram membelinya,, syarak membatalkan.
            Jika kerosakan itu berkaitan dengan harga, maka terdapat kemungkinan sekiranya  haraga itu dikira sebagai harta oleh orang ramai atau dikira harta pada sesetengah agama atau disukai oleh orang ramai seperti arak, babi, binatang buruan Tanah Haram dan pembeli yang sedang dalam Ihram maka jual beli itu menjadi Fasid. Maksudnya, ialah ia terbentuk sah dengan nilai barang yang dijual itu dan pemindahan milik ke atas barang yang dijual itu berlaku dengan cara penerimaan serahan. Sebutan harga yang disukai itu adalah menjadi dalil yang kedua-duanya mahu berjual beli. Oleh itu jual beli itu sah dengan nilai barang yang dijual itu.[4]
            Jika barang yang dujual adalah bangkai atau darah, maka Ulama Mazhab Hanafi berbeza pendapat tentangnya. Kebanyakan mereka mengatakan jual beli itu adalah batal. Manakalasesetengahnya mengatakan bahawa juai beli itu adalah fasid. Mengikut pendapat yang sahih jual beli itu adalah batal sebab yang disebut sebagai harga itu [barang yang  menjadi harga] itu bukanlah harta.[5]
JENIS-JENIS  JUAL BELI YANG BATAL
1. Jual beli  Barang yang tidak ada.
            Ulama-ulama mazhab empat  bersependapat bahawa mengatakan tidak sah melakukan sesuatu akad jual beli keatas barang yang tidak ada dan yang mukin tidak ada. Contohnya penjualan anak binatang kepada anak binatang yang akan dilahir, begitu juga tidak sah penjual menjualkan binatang  yang masih dalam kandungan sebagaimana terdapat Hadis dari beginda Rasulullah S.A.W. melarangkan penjual yang menjual “ anak kepada anak binatang yang akan lahir[6]” dan Rasululah S.A.W. juga melarang penjual beli benih binatang dan penjualan anak dalam kandungan ibu.
            Antara jenis-jenis jualan yang sama hukumnya seperti juala beli barang yang tidak ada ialah seperti penjual mutiara dalam tiram, penjulan susu di dalam tetek susu, penjual buah sebelum ia sesuai dipetik, penjualan buku yang sebelum dicetak. Jumhur ulama figh mangatakan bahawa akad jual beli seperti ini tidak diharuskansebab barang kontrak tidak ada dan terdapat hadis yang diriwayatkan oleh “Ibnu Abbas r.a. yang mengatakan, Rasulullah s.a.w. melarang penjual buah sehingga ia boleh dimakan, melarang jualan bulu di atas tubuh badan binatang dan melarang jualan susu dalam tete susu”.[7]
            Sebagian pendapat para ulama  Mazhab Hanbali tentang jual beli barang yang tidak ada seperti Ibnu Qaiyim dan gurunya Ibn Taimiyah menharuskan jual beli barang yang tidak ada ketika kontrak, jika barang itu tetap ada pada masa hadapan pada perkiraan adat. Ini kerana tidak ada larangan yang melarangkan jual beli barang yang tidak ada ini. Larangan itu tidak ada dalam al-Quran, sunnah dan kata-kata sahabat. Yang ada dalam sunnah ialah laranggan penjualan yang mempunyai gharar iaitu barang yang tidak berupaya untuk diserahkan, tidak kira sama ada barang itu ada atau tidak ada.
2. Jika akad jual beli itu menyulitkan ibadah,
Seorang pedagang sibuk dengan jual beli sampai terlambat melakukan shalat jama’ah di masjid, baik tertinggal seluruh shalat atau masbuq. Berniaga yang sampai melalaikan seperti ini dilarang. Allah berfirman:
$pkšr'¯»tƒ tûïÏ%©!$# (#þqãZtB#uä #sŒÎ) šÏŠqçR Ío4qn=¢Á=Ï9 `ÏB ÏQöqtƒ ÏpyèßJàfø9$# (#öqyèó$$sù 4n<Î) ̍ø.ÏŒ «!$# (#râsŒur yìøt7ø9$# 4 öNä3Ï9ºsŒ ׎öyz öNä3©9 bÎ) óOçGYä. tbqßJn=÷ès? ÇÒÈ   #sŒÎ*sù ÏMuŠÅÒè% äo4qn=¢Á9$# (#rãÏ±tFR$$sù Îû ÇÚöF{$# (#qäótGö/$#ur `ÏB È@ôÒsù «!$# (#rãä.øŒ$#ur ©!$# #ZŽÏWx. ö/ä3¯=yè©9 tbqßsÎ=øÿè? ÇÊÉÈ  
Wahai orang-orang Yang beriman! apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); Yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat Yang sebenarnya),
kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa Yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam Segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di Akhirat).[8]
Ketika menafsirkan ayat ini, sebagian ulama salaf mengatakan, orang-orang mukmin itu melakukan akad jual beli. Jika salah seorang diantara mereka mendengar adzan, sedangkan timbangan masih ada di tangannya, maka dia akan menurunkan timbangan itu dan pergi mengerjakan shalat. Kesimpulannya, jika jual beli menghalangi seseorang dari shalat, maka hal itu termasuk jual beli yang dilarang, batil dan hasilnya haram.
3.  penjualan barang yang tidak boleh diserahkan
            Jumhur ulama Mazhab Hanafi berpendapat bahawa tidak sah kontrak jual beli barang yang tidak boleh diserahkan ketika kontrak biarpun barang itu dimiliki. Contohnya penjualan burung yang terlepas pada tangan pemiliknya atau penjual hamba yang lari atau penjualan barang yang tercicir. Jual beli itu adalah batal.
            Dimikian juga kontrak itu menjadi batal jika barang yang tidak berupaya diserahkan itu dijadikan harga sebab harga jika ia berbentuk barang maka ia menjadi barangan yang dijual dipandang dari sudut pemiliknya. ulama Mazhab Maliki mengatakan  “tidak sah penjualan unta yang lari, lumbu liar barang yang dirampas kecuali kepada perampas”.
 Menurut pendapat Mazhab Imam Syafi’I dan Imam Hambali, tidak harus  jual beli barang yang tidak boleh diserahkan. Contohnya penjualan burung di udara ikan di dalam sungai atau harta yang dirampas di tangan perampas dan hamba yang lari Sama ada diketahui tempatnya atau tidak. Dimikian juga dengan penjualan rumah atau tanah yang berada dibawah kekuasaan musuh,[9] sebab terdapat hadis Rasulullah s.a.w. melarangkan jual beli hisat [ baling anak batu ] dan jual beli gharar [ tipuan ].[10]
4. jual beli yang mengandungi usur perjudian.
            Jual beli yang mengadungi usur perjuadian merangkumi jual beli yang tidak menyatakan barangan yang dijual secara jelas atau wujud perbuatan yang menafikan kehendakkan salah satu pihak.
            Diantara bentuk jual beli jenis yang dinyatakan dalam nas ialah jual beli Munabazah [ campak mencampak] Mulamasah [ sentoh- menyetoh ]. Iaitu kedua-dua pihak berurusan dengan suatu barangan yang tidak ditentukan mana satu. Dengan itu apabila penjual mencampak mana-mana satu barangan atau pembeli menyentuhkan mana-mana barang, barangan tersebutlah akan dijual. Termasuk juga penjualan baju dalan gelap dan pembeli akan menyentoh tanpa melihat barangan yang ingin dibeli.
            Begitu juga pembelian sesuatu barang walaupun sudah ditentukan, tetapi dikira berlaku terus apabila sahaja barang tersebut dilempar atau disentuh.
Jelas dalam contoh pertama, wujud keadaan tidak mengetahi barangan yang dijual. Samantara dalam contuh yang kedua , wujud keadaan kehendak salah satu pihak yang dinafikan. Ini kerana pembeli atau penjual tidak mengtahui sebaik sahaja sesuatu barang yang dicampak atau disentuh, pihak yang satu lagi mesti membeli atau menjual barang tersebut. Rasulullah telah melangkan penjualan ini seperti mana Abu Sa’id al-Kudri r.a. meriwayatkan
أن رسول الله صلى الله عليه وسلم نهى عن الملامسة والمنابذة في البيع
 “Rasulullah telah melarangkan jual beli secara sentuh meyentuh dan campak mencampak”.[11]
5. kontrak dua dalam satu
            Maksudnya,memasukkan dua jenis kontrak ke dalam satu sighah kontrak pada masa yang sama. Contohnya penjual berkata: saya jual umah ini dengan harga RM100,000 tunai dan RM200,000 secara unsuran atau selama setahun. Pembeli pula menerima jualan  secara tunai atau unsuran tersebut. Atau penjual berkata: saya jualkan kerata ini dengan harga RM1,000 dengan syarat anda menjual rumah kepada saya dengan harga RM2,000. Cara jual beli ini adalah antara bentuk jual beli yang diharamkan dan tidak sah oleh syara’. Ini kerana herga sebenar tidak diketahui sepertimana dalam contoh yang pertama, atau pun jualan tersebut dikaitkan  dengan syarat tertentu sepertimana contoh yang kedua.
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, dengan katanya:
أن رسول الله صلى الله عليه وسلم نهى عن بيعتين في بيعة
Rasulullah s.a.w. melarang dua jual beli dalam satu jual beli.[12]


6. jual beli cangkeram[ urbun ]
            Jual beli cangkaram ialah sesuatu barangan dijual dengan pembeli perlu membayar sebahagian daripada harga barangan yang dibeli kepada penjual. Bayaran ini akan menjadi Hadiah kepada penjual jika jual beli tersebutdibatalkan. Jika jual beli diteruskan, bayaran tersebut dikira sebagai sebahagian daripada harga barangan. Jual beli ini adalah diharamkan dan tidak sah oleh syarak kerana wujud syarat yang tidak betul iaitu hadiah yang diberikan oleh penjual.
Abdullah bin Amru bin al-As r.a. meriwayatkan, katanya:
أن رسول الله صلى الله عليه وسلم نهى عن بيع العربان
Rasulullah s.a.w. telah melarang jual beli cangkaram.
            Amalan ini diharamkan dan tidak sah hanya jika perkara tersebut dijadikan syarat dalam kontrak. Namun jika ia tidak jadikan syarat, tidak salah penjual meminta pembeli membayar sebahagian daripada harga sebagaicangkaram selepas kontrak tersebut. Cuma penjual tidak boleh mengabil bayaran tersebut jika kontrak tersebut dibatalkan melainkan disetujui oleh pembeli.
7. Menjual barang yang diharamkan.
Jika Allah sudah mengaharamkan sesuatu, maka Dia juga mengharamkan hasil penjualannya. Seperti menjual sesuatu yang terlarang dalam agama. Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassalam telah melarang menjual bangkai, khamr, babi, patung. Barangsiapa yang menjual bangkai, maksudnya daging haiwan yang tidak disembelih dengan cara yang ditetap oleh syara’ , ini berarti ia telah menjual bangkai dan memakan hasil yang haram.
Begitu juga hukum khamr, kita terdapat beberapa ayat dan Hadis yang melarang  keras tentang minum arak sepretimana di firman oleh Allah dalam kitab suci al-Quran:
$pkšr'¯»tƒ tûïÏ%©!$# (#þqãYtB#uä $yJ¯RÎ) ãôJsƒø:$# çŽÅ£øŠyJø9$#ur Ü>$|ÁRF{$#ur ãN»s9øF{$#ur Ó§ô_Í ô`ÏiB È@yJtã Ç`»sÜø¤±9$# çnqç7Ï^tGô_$$sù öNä3ª=yès9 tbqßsÎ=øÿè? ÇÒÉÈ  
 Wahai orang-orang Yang beriman! Bahawa Sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib Dengan batang-batang anak panah, adalah (Semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.[13]
Dan ada riwayat daripada Ibnu Umar bahawa  Rasulullah s.a.w. bersabda :
ابْنِ عُمَرَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ: كُلُّ مُسْكِرٍ خَمْرٌ، وَكُلُّ مُسْكِرٍ حَرَامٌ.
“Semua yang memabukkan itu adalah khamr, dan semua khamr itu haram.”
Dan juga Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassalam melaknat sepuluh orang yang berkaitan dengan khamr.
قال أنس بن مالك : لعن رسول الله في الخمر عشرة : عاصرها ومعتصرها وشاربها وحاملها والمحمولة إليه وساقيها وبائعها وآكل ثمنها والمشتري لها والمشتراة له
"Diriwayatkan daripada Anas r.a bahawa RasulalLah s.a.w telah melaknat sepuluh golongan yang terlibat dengan arak: orang yang memerah arak, orang yang diminta arak diperah untuknya, orang yang meminumnya, orang yang membawanya, orang yang meminta dibawa arak kepadanya, orang yang memberi minum arak kepada orang lain, orang yang menjual arak,orang yang mendapat hasil daripada arak, orang yang membeli arak, orang yang meminta dibelikan arak untuknya [14]
Begitu juga menjual rokok dan tembakau. rokok benda yang buruk dan boleh menyebabkan sakit. Semua sifat buruk ada pada rokok, dan ia sama sekali tidak ada manfaatnya. Mudharatnya sangat banyak. Para perokok itu orang yang paling buruk bau dan penampilannya. Teman duduk yang paling berat adalah perokok. Jika dia duduk di sampingmu atau berdampingan di kenderaan, lalu bernafas di depanmu, engkau akan tersiksa oleh bau nafasnya. Apalagi kalai ia mencetuskan rokok dan asapnya berputar-putar di hadapanmu, tentu ini lebih berat lagi.
Merokok juga bererti mebuang-buang harta, masa, merosakkan kesihatan, mengotori wajah, menghitamkan bibir, mengotori gigi. Banyak penyakit yang disebabkan oleh merokok. Jadi ditinjau dari pelbagai sudut; merokok itu jelek dan tidak ada manfaatnya sama sekali. Sehingga tidak disangsikan lagi, merokok itu haram.
Masalah ini telah melanda kaum muslimin, dan banyak yang meremehkan. Kadang ada diantara kaum muslimin yang tidak merokok dan tidak suka dengan merokok, tetapi ia menjual rokok kerana ia senang mengumpul harta dengan segala cara. Orang-orang ini tidak mengetahui, bahawa jual beli rokok ini akan merosakkan seluruh hasil usaha mereka. Iaitu hasil jualan rokok bercampur-aduk dengan hasil perniagaan atau usaha lain sehingga mengakibatkan rosaknya harta yang di usahakan secara halal. Cara jual beli ini adalah haram hukumnya  dan tidak sah sama sekali mengikut syarak.
JENIS-JENIS JUAL BELI YANG DIHARAMKAN TETAPI SAH [FASID]
1. jual beli musorrah [ بيع المصرا ة ]
            Jual beli musorrah ialah jualbeli yang mana penjual haiwan seperiti lumbu atau kambing yang sengaja tidak perah susunya selama beberapa hari bertujuan untuk mengumpulkan susunya di dalam pundi susu. Dengan itu pembeli menyankakan susunya sentiasa banyak dan ini boleh menarik minat pembeli  untuk membeli. Malah berkemungkinan pembeli bersedia membayar dengan harga yang lebih tinggi.
            Apabila jual beli ini berlangsung, kontrak ini dikira sah tetapi diharamkan kerana wujud unsure penipuan pemalsuan. Jika pembeli mengatahui kedudukkan sebenar, dia berhak memulangkan semula belian tersebut serta merta kerana belian tersebut termasuk dalam hokum khiyar dan boleh dipulang kerana cacatan tertentu. Jika pembeli memulangkannya dan sebelum itu ia telah memerahkan susunya, dia hendaklah memulangkannya bersama-sama dengan segantang buah tamar sebagai ganti kepada susu yang telah diperah atau dia boleh memulangkan semula susu yang telah diperah tadi jika dipersetujui oleh penjual. Jika pembeli bersetuju membeli kambing tersebut walaupun tahu penjual telah melakukan musorrah dia tidak perlu memulang lagi.
Dalil hukum ini ialah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. Rasulullah bersabda:
وَلَا تُصَرُّوا الْإِبِلَ وَالْغَنَمَ، فَمَنْ ابْتَاعَهَا بَعْدَ ذَلِكَ فَهُوَ بِخَيْرِ النَّظَرَيْنِ بَعْدَ أن يحلبها، إن رضيا أمسكها، وإن سخطا رَدَّهَا، وَصَاعًا مِنْ تَمْرٍ
Janganlah kamu mengumpulkan susu unta dan kambing tanpa diperah [ baga memperdaya pembeli ].sesiapa yang membelinya selepas itu, maka dia boleh memilih yang terbaik daripada dua pilihan selepas dia memerahnya. Jika dia bersetuju dia boleh terus mengabilnya. Jika dia tidak menyukai, dia boleh memulangkannya bersma segantang kurma,[15]
2. Najasy [ menjuak ]
            Najasy ialah orang yang sengaja menawarkan harga belian yang tinggi sedangkan dia tidak bermknat membelinya. Tujuan supaya orang merasakan barangan tersebut bernilai tinggi dan mereka akan belinya dengan harga yang lebih mahal. Najasy pada  asalnya bermaksud menyumbuyi kerana perbuatan orang ini menyembuyi niatnya.
            Perbuatan ini adalah haram berpandu dengan hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar r.a. Rasululah bersabda:
نهي النبي صل الله علىه وسلم عن  النجش
Nabi s.a.w. telah melarang jual beli najasy
Jika jual beli tersebut berlangsung, ia tetap sah.
            Jika terdapat bukti perbuatan tersebut adalah hasil perangcangan penjual dan penjuak mereka berdua telah melakukan perkara yang haram. Penjual dianggap telah menipu pembeli dengan itu pembeli berhak menutut khiyar. Jika tiada bukti penjual dan penjuak merancang perbuatan tersebut, pembeli tidak berhak menutut khiyar kerana dia sendiri cuai membuat penelitian.
3. Penjualan orang kampong oleh orang tempatan
            Apabila orang kampong tiba membawa barangan untuk dijual apatah lagi barangan tersebut adalah amat perlukan oleh penduduk tempatan, lalu datang seorang penduduk tempatan berkata kepada orang kampong itu: jangan jual barangan itu tetapi serahkan kepada saya untuk saya jualkan sikit demi sedikit. Orang ini kemudiannya menaikkan harga barang tersebut.


Perbuatan  ini adalah haram berpandu dengan hadis Rasulullah s.a.w.  bersabda:
            “jangan orang tempatan menjual barangan orang kampong”. Ibnu Abbas ditanya “apakah maksud baginda “jangan orang tempatan menjual bangan orang kampong”. Ibnu Abbas berkata “jangan menjadi orang tengah”[16]
            Punca perbuatan ini dilarang dan diharamkan ialah perbuatan ini menyulitkan orang ramai.
            Namun perlu diingatkan di sini, hokum ini tidak melibatkan apa yang dilakukan oleh orang tengah pada hari ini yang menjualkan barangan yang diambil daripada pengusaha dan dibawa ke Bandar. Ini kerana tidak wujud rungutan yang mendakwa amalan ini menyulitkan orang ramai. Malah perbuatan ini boleh memudahkan pengusaha dan juga pengguna.
4. Memintas perdagangan
            Dalam masalah ini, peniaga berangkat ke luar kawasannya, dan bertemu para pedagang yang bekal datang kekawasannya. Dia memperdaya mereka dengan mengatakan barangan yang bekal mereka jual sudah bertimbun di kawasannya dan dijual dengan harga yang rendah. Perbuatan peniaga ini bertujuan membeli barangan tersebut dengan harga yang lebih rendah daripada harga asal.
            Jika peniaga Berjaya membeli barangan tadi, jual beli tersebut sah tetapi haram kerana wujud unsur penipuan. Pengharaman ini berpandukan sabda Nabi s.a.w dalam hadis
Ibnu Abbas r.a. sebelum ini:
لا تتلقوا الركبان
            Janganlah kamu memintas pedagang-pedagang.
            Apabila para pedagang tadi tiba ke kawasan perniagaan dan mengetahui harga pasaran yang sebenar selain menyedari mereka telah ditipu, mereka berhak menuntut khiyar dan membatalkan jual beli tadi.
            Diriwayatkan bahawa Abu Hanifah r.a berkata :
            Nabi s.a.w melarang manusia memintas dagangan, jika ia dipintas oleh seseorang dan orang ini membelinya maka pemilik barangan tadi berhak menuntut khiyar jika dia tiba di pasar.[17]
5.Monopoli ( ihtikar )
            Monopoli ialah membeli barangan yang disenaraikan sebagai makan asasi daripada pasaran, apatah lagi jika dilakukan ketika barangan tersebut amat diperlukan oleh pengguna. Barangan tersebut amat diperlukan oleh pengguna. Barangan tersebut dihimpun dan disorok dengan tujuan menaikkan harganya berlipat ganda dan kemudian dijual sedikit demi sedikit dengan mengeksploitasi keperluan orang ramai
            Perbuatan seperti ini adalah haram berpandukan hadis:
لا يحتكر إلا خاطئ
            Monopoli tidak dilakukan melainkan oleh orang yang berdosa.[18]
            Orang yang bersalah ialah orang yang berdosa dan membuat kesalahan.
Jika orang ramai memerlukan makanan asasi tersebut atau keadaan menjadi darurat, orang yang memonopoli tadi boleh dipaksa menjual barangan tersebut dengan harga yang munasabah. Jika ingkar, hakim boleh menjual barangan tersebut bagi pihaknya dan hasil jualan diserahkan kepadanya.
            Perlu difahami di sini, membeli barangan keperluan asasi ini ketika musimnya dan dalam keadaan barangan tersebut masih banyak di pasaran dengan tujuan menyimpan dan menjual semula pada masa yang perlukan, seperti mana yang diamalkan pada hari ini oleh kebanyakan peniaga apabila mereka membeli keju contohnya.atau pun kilang-kilang yang membuat beberapa jenis makan dan mereka menyimpan untuk mengellakkan sebarang kerosakkan kepada makanan tersebut dengan tujuan supaya orang ramai boleh memperolehinya ketika diperlukan, amalan ini tidak termasuk dalam ertikata monopoli.
            Sebaliknya cara perniagaan ini dibenarkan oleh syarak malah ia suatu tindakan yang baik. Mungkin tindakan ini boleh membawa kepada rakyat dan Negara. Mereka yang menyimpan hasil yang berlebihan ketika musimnya supaya mudah diperolehi pada waktu lain akan mendapat pahala. Kaedah ini amat diperlukan terutama bagi mereka yang tidak mampu menyimpan lama makanan mereka. Pada sesetengah Negara, amalan ini dikenali sebagai stok makanan.
6. Jualan atas jualan atau tawaran atas tawaran
            Jualan atas jualan ialah seseorang menemui pembeli yang masih dalam tempoh khiyar lalu dia berkata :  Saya akan jual kepada anda barangan yang lebih baik daripada apa yang anda beli dengan harga yang sama. Ataupun, saya akan jual kepada anda barangan yang sama dengan harga yang lebih rendah.
            Tawaran atas tawaran pula ialah apabila ada seseorang sedang tawar-menawar untu mendapatkan suatu barangan dan mungkin mereka telah bersetuju dengan harganya, lalu dating seseorang menawarkan pemilik barangan tadi supaya menjual kepadanya dengan harga yang lebih tinggi. Atau pun die menawarkan pembeli tadi barangan yang sama dengan harga yang lebih rendah atau barangan yang lebih baik dengan harga yang sama.
Semua perbuatan ini haram berpandukan hadis yang diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
لا بيع الرجل على بيع أخيه
            Janganlah seseorang lelaki berjual beli atas jual beli saudaranya.
لا يسم المسلم على بيع سوم أخيه
            Janganlah seseorang muslim betawar-menawar atas tawar-menawar saudaranya.[19]
            Hikmahnya pengharaman semua bentuk jual beli ini ialah semua perbuatan ini melanggar tatasusila, menimbulkan rasa tidak puas hati, menanam benih permusuhan dan menggalakkan persengketaan. Perbuatan-perbuatan ini juga mengkucar-kacirkan masyarakat kerana ia memutuskan hubungan baik sedia ada dan mewujudkan permusuhan sesama anggota masyarakat. Semua akibat ini bercanggah dengan apa yang diingini oleh Islam kerana Islam mahu mewujudkan masyarakat yang harmoni, mengukuhkan hubungan sesame anggota masyarakat dan mewujudkan hubungan yang baik.
7. Jual beli orang yang diketahui semua harta yang dimiliki oleh seseorang adalah harta yang haram
Apabila diketahui semua harta dimiliki oleh seseorang adalah harta yang berusul asas daripada perkara yang dilarang oleh syarak, contohnya harta yang diperolehi daripada jualan barangan haram seperti arak, khinzir, bangkai, atau anjing, atau pun pendapatannya daripda sumber yang haram, seperti loteri atau rasuah atau hasil sewaan barangan yang diharamkan atau sebagainya, maka haram menjual barangan kepadanya diharamkan membeli daripadanya. Hukum ini merangkumi semua bentuk urusan yang membabitkan individu tersebut seperti yang dinyatakan di atas adalah makruh.
            Dalilnya ialah sabda Rasulullah s.a.w :
"إن الحلال بين و الحرام بين , وبينهما مشتبهات قد لا يعلمهن كثير من الناس , فمن اتقى الشبهات فقد استبرأ لدينه وعرضه , ومن وقع في الشبهات فقد وقع في الحرام
            Apa yang halal itu nyata, dan apa yang haram juga nyata.Antara kedua-duanya terdapat pekara-perkara syubhah ( yang samar-samar dan tidak jelas hukumnya ), yang tidak diketahui oleh ramai manusia. Sesiapa yang memelihara dirinya daripada pekara-pekara syubhah, maka sesunguhnya dia telah membersihkan agama dan maruahnya. Sesiapa yang terjebak di dalam perkara-perkara syubhah, nescaya dia telah terjebak kedalam perkara yang haram.[20]


KESIMPULAN
            jual beli yang dilarang oleh Islam terbahagi kepada dua iaitu jual beli yang diharamkan dan tidak sah dan jual beli yang diharamkan tetapi sah mengikut syarak. jual beli yang diharamkan iaitu jual beli ini tidak dibenarkan oleh syarak kerana tidak memenuhi rukun-rukun atau syarat-syarat tertentu yang ditetapkan oleh syarak. jual beli ini seperti Jual beli  Barang yang tidak ada, Jika akad jual beli itu menyulitkan ibadah, penjualan barang yang tidak boleh diserahkan, kontrak dua dalam satu, jual beli cangkeram[ urbun ], Menjual barang yang diharamkan.
Manakala pula jual beli yang terdapat itu telah  dillarang oleh syarak tetapi jika jual beli tersebut berlaku ia dikeranya sah mengikut syarak dengan erti kata lain iaitu jual beli yang diharamkan tetapi sah, jual beli yang dilarang oleh nas bukan kerana tidak menepati rukun-rukun atau syarat, tetapi kerana sebab-sebab lain. Oleh itu jual beli ini sah walaupun jelas diharamkan dan pelakunya dianggap berdosa. Jual beli ini seperti jual beli musorrah [ بيع المصرا ة ], Najasy [ menjuak ], Penjualan orang kampong oleh orang tempatan, Memintas perdagangan, Monopoli ( ihtikar ), Jualan atas jualan atau tawaran atas tawaran, Jual beli orang yang diketahui semua harta yang dimiliki oleh seseorang adalah harta yang haram.


           








RUJUKKAN
AL-QURAN
Wahbah al-Zuhaili, Fiqh & Perundangan Islam jilid IV, penterjemah Syad Ahmad Syad Hussain et al., Dawama Sdh. Bhd. Kompleks Dawama Ampang/ hulu kelang, Selangor Darul Ehsan.
Mustafa al-khin et al. Figh Manhaj,kitab fiqh dalam Mazhab syafie jilid 6. Terjemah oleh Ridzuan bin Hashim et al., Pustaka salam Sdn. Bhd. Batu ceves, kuala lumpur.
Abdul Halim el-Muhammady, Undang-undang muamalat & aplikasinya kepada produk-produk perbankan Islam, Aras mega [M] Sdn. Bhd., sungai merap, kajang, Selangor darul ehsan.


[1] Wahbah al-zuhaili, Fiqh dan  perundangan Islam  jilid IV, hlm 440
[2] Wahbah al-zuhaili, Fiqh dan  perundangan Islam  jilid IV, hlm 440

[3] Muhamad Yusuf Musa, al-Amwal  wa al-Nazariyah al-‘Aqad, hlm 436
[4] Radd al- Muhtar , jil. IV, hlm. 53
[5] Al-Mabsud, jil. XIII, hlm. 22 dan seterusnya : Fath al-Qadir, Jil. V, hlm. 186,227 : al-Baad’I, Jil. V, hlm. 299,305.
[6] Riwayat oleh Imam Bukhari,Imam  Muslim, Ahmad, Malik, Abu Daud, Nasai dan al-Termizi dapada Umar, kitab Jami’ al-Usul Jil. I, hlm. 441.
[7] Hadis ini Marfu diriwayat oleh Tabarani didalam Mu’jamnya daripada Ibnu Abbas, ditakhrijkan oleh Darulqutni dan al- Baihaqi dalam sunan beliau,
[8] Surah al-Jumah, ayat  9-10.
[9] al-Muhadhdhab, jil. I, hlm. 263, al-Mughni, jil. IV  hlm. 200 seterusnya Ghayah al muntaha jil II, hlm. 10.
[10] Riwayat oleh Imam Musllim, Abu Daud. Al-Tirmizi, Nasa’I dan Ibn Majah daripada Abu Hurairah.
[11] Riwayat oleh Imam Bukhari, pakaian, bab memakai selubung, no. 5482. Imam Muslim, jual beli, bab jual beli mulamazah dan munabazah tidak sah, no. 1512.
[12] Riwayat oleh Imam malik dalam kitab al-Muwata’ bab  نهى عن بيعتين في بيعة
[13] Surah al-Maidah ayat 90
[14] (Hadith Riwayat Ibnu Majah dan Tarmizi)
[15]Riwayat oleh Imam bukhari, jual beli, bab jagan mengemukkan pundi susu unta, no. 2041. Imam Muslim, Jual beli, bab haram menjual Habalul habalah, no. 1515
[16] Hadis riwayat oleh Imam Bukhari, jual beli,bab  bolehkah orang tempatan menjualkan barangan orang kampung tanpa upah, diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a.,no.2050.Muslim,jual beli Bab haram orang tempatan menjualkan barangan orang kampung, no. 1521.
[17] Diriwayat oleh Imam Muslim, Jual beli, bab haram memintas dagangan. Diriwayat juga oleh para penulis sunan.
[18] Diriwayat oleh Imam Muslim, Musaqah, bab monopoli makanan asasi, diriwayatkan daripada Ma’mar bin Abdullah al-Adawi r.a. no. 1605.
[19] Diriwayat oleh Imam Bukhari, jual beli, bab jangan seorang menjual atas jualan saudaranya, daripada Abu Hurairah r.a. dan Ibnu Umar  r.a., no 2023. Muslim, jual beli, bab haram seorang lelaki menjual atas jualan sedaranya, no 1515.
[20] Diriawayat oleh Imam Bukhari, Iman,bab kelibihan orang yang memelihera agamanya, daripada Nu’man bin Bashir r.a. no. 152. Imam Muslim, ambil yang halal dan tinggal yang meragukan.