วันศุกร์ที่ 30 ธันวาคม พ.ศ. 2554

IMAM NASAI

PENDAHULUAN
Imam al-Nasa’merupakan salah seorang ulama yang terkenal oleh umat Islam seluruh Dunia didalam bidang Ilmu hadis selain daripada Imam al-Bukhari,Imam al-Muslim, Imam al-Tirmizi, Imam abu Daud, Imam abu Ibnu Majah  disenarai nama didalam kumpulan Sunan sittah. Ia menpunyai kitab yang bernama sunan al-Nasa’I , Kitab Sunan al-Nasa’I  merupakan pilihan atau pengumpulan daripada kitab Sunan Malik al-Nasa’I yang asal iaitu Kitab sunan al-Kubra. Ia memuatkan hadis-hadis sahih yang dapat daripada Gurunya dan ia juga memuatkan hadis-hadis yang bertaraf Dha’if
LATAR BELAKANG PENGARANG
ž            Nama lengkapnya ialah: Abu `Abd al-Rahman Ahmad bin Yusuf bin Syuaib al-Nasa`I al-khurasani.
ž            Imam al-Nasa`I  lahir pada tahun 215 H di sebuah kampung yang bernama Nasa yang terlentak di pinggir bandar khurasan.
ž            Imam  al-Nasa`I  meniggal dunia di Ramllah Negara Palestin pada hari isnin 16 safar,tahun 303 H bersamaan 915 M dalam usia 88 tahun dan dimakamkan di Baitul Maqdis.
ž            Beliau lebih terkenal dengan pangilan al-Nasa`I, kerana memgambil sempena tempat kelahirannya. Beliau menrupakan seorang yang warak,zuhud,amanah serta kuat beribadat. Selain dari bidang ilmu hadis, Imam al-Nasa`I adalah seorang ulama yang memahami didalam ilmu Fiqh. Beliau pernah dilantik menjadi sebagai Kadi.
PENDIDIKKAN
ž            Sejak kecil lagi al-Nasa`I menujukkan tanda-tanda luar biasa dan sangat mencintai ilmu pentahuan.Beliau sering berbincang dengan ulama sezaman dengannya.  Walaupun usianya masih terlalu muda.
Ketika berusia 15 tahun, beliau menjelajah dan mengembara keserata daerah dan negeri untuk menimba ilmu dan belajar daripada ulama yang ada pada waktu itu
ž            Antara daerah negeri yang pernah al-Nasa`I pergi ialah: Kharasan,Hijaz,Iraq,Syam,Mesir dan Jizirah.
ž            Al-Nasa`I pernah menetap di mesir sehingga tahun 302 H kemudian berpindah ke Damsyik sehingga beliau menniggal dunia di Ramallah,palestin. Beliau mengambil hadis daripada ulama dan Ahli Hadis pada waktu itu.
ž            Berkat usaha dan ketekunan serta anugerah kepintaran yang ada pada diri beliau, dalam usia yang masih muda al-Nasa`I telah dapat menguasai hampir semua ilmu yang dibelajarinya dan ilmu yang ada pada waktu itu. Beliau menbelajari tentang Hadis berserta sanad dengan mendalam.



GURU-GURU IMAM AL-NASAI
1.      Qutaibah bin Said
2.      Ishaq bin Rahawaih
3.      Abu Daud
4.      Al-Tirmidhi
5.      Ishaq bin Syahin
6.      Suwaid bin Nasr
7.      Ziyad bin Ayyub
8.      Muhmud bin Ghaylan
9.      Ishaq bin Musa al-Ansari
10.  Ibrahim bin Muhammad bin Abyad
11.  Hisyam bin `Ammar
ANTARA MURID-MURIDNYA
  1. Abu al-Qasim al-Thabarani.
  2. Abu Ja` far al-Thahawi.
  3. Al-Hasan bin al-Khadir al-Suyuti.
  4. Muhammad bin Muawiyah bin al-Ahmar al-Andalusi.
  5. Abu Nasr al-Dalaby.
  6. Abu Bakr bin Ahmad al -Sunni. 
  7. Sulaiman bin Ahmad al-Tabarani.
  8. Abu Ali al-Naisaburi.
  9. Abyad binMuhammad bin Abyad.
  10. Al-Hasan bin Rasyiq.

METOD PENULISAN
Pada mulanya, kitab sunan al-Nasai adalah ringkasan tapisan daripada kitab yang bernama al-Sunan al-Kubra.Ia adalah sebuah kitab yang lengkap, padat dan menghimpunkan semua jalan periwayatan dengan ditakhrij dan jelaskan kedudukkan matan dan sanadnya.
ž            Selepas dibuat tapisan, diringkaskan dan menggugurkan hadis-hadis yang ada kecacatan padanya, beliau menamakan kitabnya Al-Mujtaba atau Al-Mujtana namun yang lebih masyhur ialah nama al-Mujtaba, iaitu al-Nasai.
ž            Al-nasai menyusun kitab sunannya itu mengikut tajuk-tajuk dalam ilmu Fiqh
ž            Beliau telah membahagikan Kitab sunan al-Nasai kepada 51 kitab dan dipecahkan bahagian kecil yang dinamakan bab. Semuanya mengandungi jumlah 5761 buah hadis mengikut susunan  Abd al-Fatih Abu Ghuddah.
ANTARA CIRI DAN SYARAT YANG DIGUNA PAKAI OLAH AL-NASAI
ž            Hadis itu mastilah diriwayatkan daripada perawi yang berdasarkan kepada ijma para Ulama Fuqaha.
ž            Dalam mengupulkan dan mencatat hadis, Imam Nasai  akan mencatat rantaian-rantian sanad  berlainan bagi sebuah hadis, kemudian beliau menjelaskan mana yang benar di antara rangkaian tersebut.
ž            Sekiranya terdapat sanad yang tidak benar,al-Nasai akan menjelaskan sebab dan punca kecacatannya. Untuk itu didalam sunan al-Nasai terdapat hadis Sahih,Hasan dan Da’if. Walaupun  di dalam Sunan al-Nasai terdapat Hadis Da’if namun hanya sebilangan sahaja Hadis Da’if yang dikumpulkannya
KEDUDUKKAN DAN KEISTIMEWAAN SUNAN AL-NASA’I
ž            Sunan al-Nasai atau al-Mujtaba termasuk salah sebuah kitab yang paling sedikit memuatkan Hadis-hadis Da’if. Sunan al-Nasai adalah sebuah kitab hadis yang penting. Imam al-Subki berpendapat: lebih banyak menhafaz hadis-hadis berbanding Imam  Muslim. Sunannya menduduki tempat ketiga  selepas Sahih bukhari dan Muslim dari segi kurangnya bilangan hadis Da’if.
ž            Menurut pendapat Imam al-Hakim  dan al-khatib, syarat perawi hadis di dalam Sunan al-Nasai lebih kuat berbanding dengan syarat perawi di dalam Sahih Muslim.
ž            Konteks lain, Bab haji yang terdapat di dalam Sunan al-Nasai adalah dalam Mazhab syafie. Kerana beliau juka dikatakan berpegang dalam mazhab al-syafi’e.


SUMBANGAN DAN ULASAN SUNAN AL-NASAI
ž            1. Al-Sunan al-Sughra.
ž            2. Al-Sunan al-Kubra,
ž            3. Kitab al-Tanyiz.
ž            4. Kitab du’afa’
ž            5.Khasa’is Ali.
ž            6.Masnad Ali.
ž            7.Masnad Malik.
ž            8.Manasik al-Haj.
Ulama yang membuat ulasan terhadab  kitab sunan al-Nasa’i
ž            1. Zahr al-Raba’ala al-Mujtaba, kerya jalal al-Din al-Suyuti [m 911 H].
ž            2. Sahih wa Da’if kerya syeik al-Bani[m 1999 M].
ž            3. Syarh al-Sanadi,kerya Muhammad Sadiq bin ‘Abd al-Madani al-Hanafi[m 1138 H].

ไม่มีความคิดเห็น:

แสดงความคิดเห็น