วันพฤหัสบดีที่ 14 มิถุนายน พ.ศ. 2555

shaikh Ahmad al-fatani


Reformis & Pemikir Agung Melayu Islami
Tokoh Reformis & Pemikir Agung Melayu : Sheikh Wan Ahmad bin Muhammad Zain al-Fhatoni
(1856-1908)
Wan Ahmad bin Muhammad Zain atau lebih dikenali sebagai Syeikh Wan Ahmad Patani merupakan salah seorang tokoh Ulama’ yang sangat terkemuka di nusantara. Terdapat juga golongan yang menggelarkan beliau dengan sebagai ‘Bapa Kemerdekaan Tanah Melayu’ kerana usaha beliau mengbangkitkan semangat golongan Ulama’ untuk menentang penjajahan Barat di Tanah Melayu.
Wan Ahmad bin Muhammad Zain atau nama penuhnya Syaikh Wan Ahmad bin Muhammad Zain merupakan salah seorang daripada ulamak Melayu yang bertanggung jawab mengembangkan syiar Islam di nusantara dan pengkaderan ulama’ senusantara.
Kedudukan nusantara diantara jalan perdagangan tanah Arab dengan negara China merupakan peluang yang membenarkan kawasan nusantara menjadi satu kuasa bertaraf antarabangsa yang dipengaruhi oleh idea dan kebudayaan daripada bangsa Arab, India dan China.
Mereka yang bertaraf ulamak biasanya pernah melanjutkan penggajian ke Semenanjung Arab seperti di Mekah (Institusi al-Haramain), atau Universiti Al-Azhar. Di sana mereka juga terdedah kepada kebudayaan Parsi, Rom dan Turki sebagaimana yang dapat dikesan dalam sastera golongan istana seperti Hikayat Amir Hamzah dan juga oleh kebudayaan China seperti mana yang terdapat dalam Hikayat Hnag Tuah, dan Syair Siti Zubaidah.
Pengetahuan agama dan politik dunia ini menjadikan mereka seseorang yang berpengaruh sekembalinya mereka ke nusantara ketika itu.
Dilahirkan di Kampung Jambu, Negeri Jerim, Patani pada 10 April 1856 dengan nama Syeikh Wan Ahmad bin Wan Muhammad Zain bin Wan Mustafa bin Wan Muhammad bin Wan Muhammad Zainal Abidin, Syeikh Ahmad al-Fathani disifatkan sebagai pemikir terbesar dunia Melayu dalam semua aspek merangkumi dunia dan akhirat. Kajian dan penyelidikan mendapati beliau menguasai 47 bidang ilmu termasuk politik, ekonomi, seni, budaya dan pentadbiran.
Wan Ahmad al-Fathani mempunyai sejarah berliku dan mencabar dalam usahanya untuk belajar dan menyebarkan ilmunya. Pada peringkat awal, beliau dibimbing oleh bapanya sendiri. Wan Muhammad Zain al-Fatani dan kemudian, berguru dengan bapa saudaranya, Syeikh Wan Abdul Kadir Wan Mustafa.
Pada usia empat tahun, berhijrah ke Makkah kerana mengikuti ibu bapanya ke sana untuk mencari ilmu agama. Justeru, beliau dibesarkan dalam budaya menuntut ilmu.
Di Makkah, beliau berkesempatan bergaul dengan ramai alim ulama. Kecerdasan otaknya terserlah pada usia yang muda iaitu 12 tahun. Dari Makkah, beliau ke Baitulmaqdis untuk menyambung pelajaran dalam bidang kedoktoran dan seterusnya ke Mesir.
Ketika di Baitulmaqdis dan Mesir, beliau mula mengarang kitab. Pada usia belum mencecah 30 tahun, ilmu pengetahuannya begitu tinggi hingga tiada guru yang sanggup mengambilnya sebagai anak murid. Kepakarannya dalam bahasa Arab menarik minat Raja Makkah ketika lalu beliau dilantik sebagai ahli bahasa kerajaan.
Beliau mendirikan rumah tangga dengan anak saudara Syeikh Nik Mat Kecik iaitu Siti Saudah Wan Abdullah dan dikurniakan tiga anak, Wan Ismail Qadhi, Wan Fatimah dan Wan Zainab.
Syeikh Wan Ahmad al-Fathani meninggal dunia pada malam Rabu, 11 Zulhijah 1325 bersamaan 14 Januari 1908. Tahun ini genap 103 tahun, beliau meninggal dunia mengikut takwim Islam.
Pengkaji sejarah ulama Nusantara, Wan Mohd Shaghir Abdullah (leluhur keturunan Wan Ahmad), menyatakan Syeikh Ahmad al-Fathani mempunyai pengaruh besar dalam penggalian dan penyebaran pelbagai disiplin ilmu di Nusantara, khususnya ‘Alam Melayu’.
Katanya, hal itu tidak menghairankan kerana beliau suatu ketika dulu pernah berada pada tahap nombor dua penting di Makkah selepas ulama Arab.
“Mereka paling ramai mengajar di Masjidil Haram dan Syeikh Ahmad al-Fathani tidak terkecuali daripada senarai itu.
“Syeikh Ahmad al-Fathani mempunyai kehebatan tersendiri. Contohnya, beliau pernah dipilih oleh ulama Makkah untuk menjadi orang tengah dalam pertikaian khilafiah antara Syeikh Muhamad Abduh dengan Syeikh Yusuf Nabhani di Beirut,” kata.
Syeikh Ahmad al-Fathani hidup dalam masa peralihan antara zaman klasik dengan moden.
Beliau mengajar belajar dan bergaul dengan ulama tradisional dan sempat pula hidup dalam awal dunia moden, bergaul dan berdialog atau bertukar-tukar fikiran dengan tokoh reformasi/tajdid (Kaum Muda Salafi Wahabi Liberalisme) dunia Islam seperti Syeikh Muhammad Abduh dan Syeikh Muhammad Rashid Ridha .
Wan Mohd Shaghir, cucu kepada Syeikh Ahmad al-Fathani, yang juga tokoh ilmuwan dalam dunia manuksrip klasik Melayu, berkata datuknya menguasai 47 bidang ilmu pengetahuan.
Katanya, antaranya adalah pemikiran dan penulisan mengenai Islam serta Melayu; penerbitan kitab dan percetakan serta politik dan pentadbiran.
Selain itu, katanya, beliau terbabit dalam pemikiran ekonomi, sains, teknologi, pendidikan, perubatan, kemasyarakatan, sejarah, geografi, sosiologi, ilmu khat, ilustrasi dan pertanian.
“Perjuangan dan keilmuan serta pemikiran datuknya bersifat kepentingan umat Islam sejagat, terutama dunia Melayu,” katanya dalam pertemuan di pejabat Persatuan Pengkajian Khazanah Klasik Nusantara (PENGKAJI), Taman Melewar, Batu Caves, Selangor. Perjumpaan blogger sebulan sebelum kematiannya.
Wan Mohd Shaghir menghabiskan keseluruhan usia hidupnya untuk mencari dan membongkar teks klasik tulisan ulama alam Melayu. Usahanya membongkar, memelihara dan menyimpan, malah menulis semula pemikiran dalam kitab itu bagi manfaat generasi hari ini.
Wan Mohd Shaghir berkata, ulama besar ini mempunyai tujuh jenis ilmu antara yang menakjubkan adalah ilmu membedah tubuh manusia (perubatan), menghasilkan emas 24 karat menggunakan bahan campuran yang bukan daripada emas (kimia) dan memperkenalkan tempat menyemai tanaman (pertanian).
Syeikh Ahmad al-Fathani juga seorang ahli fikir yang hebat dari segi politik, pemerintahan dan pentadbiran negara. Pemikirannya dalam bidang ini terserlah melalui harapan dan wasiat yang ditulisnya untuk raja Melayu kerajaan Patani, Kelantan, Terengganu, Johor dan Deli.
Antara kandungannya adalah meminta raja mengukuhkan perbendaharaan ilmu, pertandingan kepandaian dan membuka mata masyarakat untuk memandang kepada kebijaksanaan.
Tujuannya supaya bangsa Melayu menjadi bangsa paling megah dalam dunia. Begitu juga paling tinggi nama antara semua anak Adam. Ia juga untuk menjadikan ulama Melayu mampu mengatasi ulama bangsa lain di dunia serta Islam menjadi agama yang semakin nyata dan mampu mengalahkan semua agama lain.
Pengaruh Syeikh Ahmad Al-Fathani keatas kebangkitan golongan Ulama’ Melayu menentang penjajah dan perjuangan mencapai kemerdekaan Malaysia.
Syeikh Ahmad Al-Fathani berperanan mengalih kiblat pendididkan golongan Melayu dari Mekah ke Mesir. Beliau sendiri adalah lepasan graduan Universiti Al-Azhar.Murid-murid beliau yang cemerlang di Mekah akan dihantar ke Mesir diantara murid beliau ialah Syeikh Abdul Ghani Acheh, Syeikh Ismail Mutalib Acheb,Syeikh Tahir Jalaluddin Minangkabau,Nik Mahmud Kelantan,Dato’ Laksamana Kelantan,Syeikh Muhammad Nur Fathani,Mohamad Zain Ahmad Kelantan,Syeikh Ahmad Lampung,Haji Omar Jawa.Wan Ahmad Kemboja dan ramai lagi sehingga tak termampu dituliskan. Mereka semua dihantar ke Mesir untuk diperkenalkan kepada ulama dan pemikir Mesir. Dengan perkembangan itu maka lahirlah satu pergerakan yang dinamakan gerakan golongan Ulama’-ulama’ yang menentang penjajah seperti Dr.Burhanuddin al-Helmy,Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong,Tokku Paloh ,Datuk Bahaman,Mat Kilau,Haji Mat Hassan Munas atau lebih dikenali sebagai Tok Janggut danTok Kenali ,maaf jika saya tidak dapat menyatakan sepenuhnya kerana terlalu ramai penglibatan golongan Ulama’ dalam perjuangan menentang penjajah cukuplah sekadar nama-nama yang biasa anda dengar namun hakikatnya terlalu ramai penglibatan golongan Ulama’ Melayu dalam perjuangan menentang penjajah dan sekaligus mermartabatkan daulah Melayu Islam di Tanah Melayu.
Karya agung Syeikh Wan Ahmad al-Fhatani ialah ‘Hadiqah al-Azhar wa ar-Rayahin’. Bagi para pejuang, pemikir dan pengkaji karya ini harus dikaji, dianalisis, disebarkan pemikiran tajdid dan diamati bagi agenda khidmat dan perjuangan agama dan watan.

TUAN GURU HAJI ABDUL QADIR SEKAM BUDI


 

Nama penuhnya ialah Syaikh 'Abdul Qadir bin Haji Wangah bin 'Abdul Lathif bin Utsman. Tokoh mutakhir Fathani Darus Salam (sehingga penghujung abad 20) yang paling banyak menulis. Lahir pada 1340H /1921M di Kampung Sekam. Memulakan pendidikan awalnya di Pondok Balur sebelum menyambung di Pondok Kubang Pasir dan kemudian di Pondok Pusan, Perigi. Setelah mengitari 3 buah pondok di Fathani, beliau pergi ke Kelantan dan berguru dengan Tuan Guru Haji 'Abdullah Tahir di Pondok Bunut Payung yang masyhur itu. Selain daripada itu, beliau juga berguru dengan Tok - Tok Guru sekitar Kota Bahru seperti dengan Tuan Guru Haji Ali Pulau Pisang dan Tuan Guru Haji Muhammad Nur Penambang. Setelah itu, beliau menyambung pengajian di Makkah dan berguru di sana dengan Syaikh Ismail bin 'Abdul Qadir al-Fathani (Pak Da 'Eil) dan guru-guru bangsa 'Arab yang lain. Beliau berada di Makkah selama 5 tahun.
Apabila pulang ke pulang ke tanahairnya, beliau membuka pondok di Kampung Wakaf Budi, Sekam. Selama menjadi guru pondok, beliau terkenal sebagai seorang yang ahli dalam ilmu Ushul ('Aqidah). Ayah Dir menjadi pengasuh Pondoknya "al-Ma'had al-Islamiy" sehingga ke akhir hayatnya, kira-kira selama 35 tahun lamanya. Selama waktu ini, beliau berjaya muncul sebagai salah seorang ulama Fathani yang disegani. Kerana reputasinya yang sebegini, tidak hairan jika beliau dijemput menganggotai Lujnah Ulama Fathani oleh Majlis Agama Islam Fathani. Ayah Dir meninggal dunia pada pagi Khamis 18 Rabi`ul Awwal 1412 (26 September 1991).


Beliau rajin menulis dan mengarang kitab. Antara kitab karangannya ialah:-
1.      "Asasul I'tiqaad";
2.    "Taqribul Ikhwan fi ta'limi 'aqa-idul iman";
3.    "Tashiludh-Dhu`afa` wa radd ba'adh aqwal as-Sufaha`";
4.    "Ta'limul Awlad fi dzikri ba`adh ahwal al-'Ibad";
5.     'Tadzkiratu li dzawil afkar fi ma yamurru bil insani minal a'maar";
6.    "Wasaailu 'ilmil kalam";
7.     "Risalah Minhaj Ahlis Sunnah";
8.    "Irsyadul Jawiyyin ila sabilil-ulama-il 'amiliin".
Kitab "Irsyadul Jawiyyin" (lihat gambar) mengandungi bahasan mengenai kesesatan dan kesilapan Wahhabi dan Ibnu 'Abdul. Jika kita terima ajaran Wahhabi, maknanya kita tolak fatwa ulama-ulama kita yang dahulu-dahulu dan sekarang-sekarang.
Al-Fatihah untuk Ayah Dir Sekam al-Fathani dan guru-gurunya.







kenapa Yahudi menwujudkan Wahabi ทำไมญาฮูดีถึงได้สร้างวะฮ์บีย์ขึ้นมา?




ทำไมญาฮูดีถึงได้สร้างวะฮ์บีย์ขึ้นมา?
1. ญาฮูดีมีความเข้าใจอย่างลึกซึ้ง ว่าพลังความเข้มแข็งของอุมัตอิสลามนั้นอยู่ที่ความเข้มแข็งทางจิตวิญญานด้วยกับการรู้จักและมีความรักต่ออัลลอฮ์ ด้วยเหตนั้นเอง จึงจำเป็นต้องแยกอุมัติอิสลามออกจากอัลลอฮ์

2. ญาฮูดีมีความเข้าใจว่า ความเข้มแข็งของอุมัติอิสลามคือ ความสำเร็จที่ได้มีความผูกพันธ์ทางจิตวิญญานกับวิถีการดำเนินชีวิตในรูปแบบภายนอก ดังนั้นพลังทางจิตวิญญานที่อยู่ภายในจำเป็นต้องขจัดและถูกทำลาย

3. ญาฮูดีรู้ว่ากุญแจแห่งชัยชนะของอุมัติอิสลาม อยู่ที่การได้รับความช่วยเหลือจากอัลลอฮ์ (ม่ะอูนะห์) ดังนั้นญาฮูดีจึงคิดที่จะทำลายความเชื่อมั่นของอุมัติอิสลามเกี่ยวกับเรื่อง ฆอเอ็บ บรรดาอุลามาอ์ซูฟีย์และตารีกัตจึงได้ถูกกล่าวหาว่า หลงผิดและชีริค

4. ญาฮูดีรู้ดีว่า พลังของอิสลามอยู่ที่ความรักของอุมัตอิสลามที่มีท่านร่อซูลุลลอฮ์ ต่อเครือญาติและบรรดาซอฮาบะห์ของท่าน ดังนั้นร่องรอยประวัติศาสตร์ต่างๆของท่านร่อซุลุลลอฮ์จึงจำเป็นต้องทำลายทิ้งโดยให้อ้างเหตุผลว่าเพื่อป้องกันการกระทำบิดอะห์ คูรอฟาด ชีริก และอีกต่างๆนานา

5. ญาฮูดีรู้ดีถึงจุดอ่อนของอุมัตอิสลาม เกี่ยวกับการคลั่งไคล้ของอุมัตอิสลามต่ออุลามาอ์ ดังนั้นญาฮูดีจึงได้สร้างอุลามาอ์ใหม่ขึ้นมาให้เหมาะสมกิบอิสลามแนวใหม่เพื่อให้บรรลุตามวัตถุประสงค์และแผนการของญาฮูดี

6. เพื่อการเข้ายึดครองแผ่นดินบริสุทธ์ของอุมัตอิสลาม "ฮ่ะรอมัยน์" ญาฮูดีจึงไม่คิดที่จะทำลายเหมือนกับสถานที่อื่น เนื่องจากเกรงว่าอุมัตอิสลามทั้งโลกจะลุกฮือต่อต้านญาฮูดี แต่จะใช้วีธีการแทรกซึมมะอ์ซียัตความชั่วร้ายเข้าสู่แผ่นดินฮารอมผ่านโครงการพัฒนาต่างๆนานา