วันอังคารที่ 26 พฤศจิกายน พ.ศ. 2556
Mengapa virus wahhabi merosakkan agama ?
·
Mengapa virus wahhabi merosakkan agama ?
Antaranya dengan bukti-bukti jelas ini :
1. Pentaksub Wahhabi ini tidak mengaku dirinya wahhabi tetapi masuk ke page ini dan terus menyerang kami tanpa membaca pendedahan dan bukti serta hujjah yang telah diberikan.
2. Menipu atas nama Imam Asy Syafie : Mengatakan Imam Asy Syafie MELARANG Zikir Jahr Berjemaah selepas solat.
3. Mengqiyaskan Rasulullah MELARANG membaca zikir secara jahr selepas solat dengan membaca al Quran. Pandai betul pentaksub wahhabi ini berbohong.
4. Semasa Qiyam dalam Solat mesti atas dada dan terus dipersetujui pentaksub ini.
5. Menghasut agar umat Islam tidak membaca Kitab Ihya' Ulumiddin karangan Imam al Ghazali dengan hanya menyertakan kritikan Imam Ibnu Kathir terhadap kitab ini.
Jawapan telah kami berikan namun akibat virus wahhabi. Ia tetap selesa berada di zon BERBOHONG terhadap Rasulullah dan salafussoleh dan merapu.
KAMI KONGSIKAN JAWAPAN :
Jawapan no 2.
Imam Asy Syafie tidak pernah melarang membaca wirid secara jahar.
Al-Rabi’ telah mengkhabarkan kepada kami dan berkata: al-Syafie telah mengkhabarkan kepada kami, dan berkata: Ibrahim bin Muhammad telah mengkhabarkan kepada kami, dan berkata: telah menyampaikan hadith ini Musa bin ‘Uqbah, dari Abi al-Zubair, sesungguh beliau mendengar Abdullah bin Zubair berkata:
“Adalah Rasulullah SAW apabila memberi salam selepas solat, berkata dengan lafaz yang kuat: La ilaha illallahu wahdahula syarikalah lahulmulkuwalahul hamdu wahuwa ‘ala kulli syai`in qadir, wala haula wala quwwata illa billah, wala na’budu illa iyyahu, lahulni’mah, walahulfadhl, walahulthana`ul hasanu, la ilaha illallhu mukhlisina lahuddin walau karihal kafirun”. Berkata al-Syafie: “Dan amalan ini harus untuk Imam dan tidak (harus) untuk makmum. Dan al-Syafie berkata lagi: “Dan mana-mana Imam yang berzikir dengan apa yang aku nyatakan, secara kuat, mahupun senyap, atau selain dari cara keduanya, maka ia adalah baik (hasan). Dan aku memilih (pendapatku) untuk Imam dan makmum berzikir kepada Allah selepas selesai solat, kedua-duanya berzikir dengan senyap. Kecuali sekiranya Imam dalam keadaan wajib dipelajari darinya sesuatu (cara bacaan berzikir), maka dia boleh melantangkan zikir sehingga ia melihat sesungguhnya mereka telah mempelajari darinya, kemudian dia berzikir secara senyap”.
(Tamat petikan dari Kitab al-‘Umm: Jilid 1, Hal. 241, 242)
Jawapan no 3.
Membaca zikir secara Jahr selepas solat fardhu.
Amalan meninggikan suara berzikir selesai solat Fardhu ini dilakukan berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Abbas RA yang berkata: Raf’u al-Saut bilzikr Hina yansarifunnas minalmaktubah kana ‘ala ‘ahd al-Nabi SAW, yang bermaksud:
Meninggikan suara berzikir selepas orang ramai selesai daripada solat fardhu telahpun berlaku di zaman Nabi SAW.
(Lihat Fath al-Bari, Bab al-Zikr Ba’d al-Solah, Jilid 2, Hal: 259 dan Syarh Sahih Muslim, Bab al-Zikr Ba’d al-Solah, Jilid 4-6, Hal:234-235).
Bahkan Ibn Abbas mengatakan lagi:
Saya tahu bahawa mereka selesai menunaikan solat apabila saya mendengar zikir.
Dalam riwayat yang lain sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Ibnu Abbas RA mengatakan: Saya mengetahui tamatnya solat Rasulullah SAW dengan laungan takbir. Lihat bagaimana Ibn Hajar mengulas kata-kata Ibn Abbas tersebut:
Daripada riwayat di atas, seolah-olah menggambarkan bahawa mereka (para sahabat) memulakan zikir mereka dengan takbir (Allahu akbar) selepas solat mendahului tasbih dan tahmid (Perbezaan riwayat mana yang didahulukan antara tasbih, tahmid dan takbir)
(Fath al-Bari:2/259).
Hadith riwayat Ibn Abbas yang menerangkan perlakuan Rasulullah SAW dan huraian Ibn Hajar menunjukkan secara nyata bagaimana Rasulullah SAW dan para sahabat RA berzikir secara lantang dan berjemaah.
Pandangan Imam al-Nawawi terhadap hadith Ibn ‘Abbas:
Imam al-Nawawi Rahimahullah berkata: Ini dalil terhadap apa yang dipegang oleh sebahagian ulama Salaf iaitu disunatkan meninggikan suara dengan zikir al-takbir (Allahu akbar) dan zikir-zikir lain selepas solat fardhu. Manakala ulama mutaakhirin yang turut menghukumkannya sunnah ialah Ibn Hazam al-Zahiri.
Imam al-Nawawi menambah lagi:
“Katanya: (Telah mengkhabarkan kepadaku Abu Ma’bad kemudian dia menafikannya) pada menjadikannya hujah (dalil) oleh Muslim dengan hadith ini, merupakan bukti bahawa dia (Imam Muslim) berpegang sahihnya hadith (Ibn ‘Abbas) ini walaupun dinafikan oleh perawi asalnya, kerana yang merawikannya itu thiqah (diyakini). Ini merupakan mazhab jumhur ulama sama ada ulama hadith, fuqaha` atau ulama usul fiqh”.
(Tamat nukilan dari kitab Syarh Sahih Muslim: Jilid 4-6, hal. 237). Maksud yang sama dihuraikan oleh Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani dalam kitabnya Fath al-Bari (Bab al-Zikr Ba’d al-Solah, Jilid 2, hal. 260).
Jawapan no 4 :
Nak letak tangan atas dada tiada masalah. Tetapi mengatakan MESTI letak tangan masa qiyam atas dada memang bermasalah.
Jumhur ulamak menyatakan posisi tangan semasa qiam adalah di atas pusat di bawah dada dan bukan di atas dada. Rujuk (Al fiqhu Al Islamy wa adillatuhu - Dr Wahbah Az Zuhaili), Subulus Salam, Fathu al qadir wal Inayah, Al Badai', Tabyiinu al Haqaiq, Ad Durru al Muhtar, Maraqiy al Falah, al Majmu' dan banyak kitab ulamak muktabar yang lain.
Jawapan no 5 :
Pandangan Ulamak Muktabar terhadap Kitab Ihya' Ulumiddin
Imam Nawawi berkata, "Jika kitab-kitab Islam hilang (nauzubillah) dan yg kekal hanya Ihya', sesungguhnya ia akan menampung apa yg hilang."
Imam Abdullah Al-'Idrus berkata, "Aku duduk bertahun-tahun menelaah kitab Ihya' , setiap fasal dan huruf daripadanya. Dan aku ulanginya dan menghayatinya. Maka zahir kepadaku daripada perbuatan itu akan ilmu-ilmu, rahsia-rahsia dan kefahaman-kefahaman yg melimpah pada setiap hari berbeza dengan apa yg aku dapat pada hari sebelumnya."
Beliau juga mengatakan Imam Ghazali telah mensyarahkan manhaj Al-Quran dan As-Sunnah dalam kitabnya yg hebat yg digelar, أعجوبة الزمان (Keajaiban Zaman) Ihya'Ulumiddin.
Anak beliau pula, Syeikh Abdul Qadir Al-'Idrus, pengarang kitab Takrif Al-Ahya' bi Fadhlil Ihya' memuji Imam Ghazali dan karyanya Ihya' dengan pujian yg amat baik.
Imam Muhammad bin Yahya berkata, "Al-Ghazali ialah Syafie yg kedua."
Takhrij Hadith Ihya'
Antara individu yg paling berjasa kepada Imam Ghazali ialah Al-Hafiz Zainuddin Al-'Iraqi (wafat 806H). Ulama besar hadith ini telah bertindak mentakhrijkan keseluruhan hadith di dalam kitab Ihya'. Beliau menyatakan status hadith yg telah memudahkan untuk mengetahui hadith yg sohih, hasan dan maudu'. Pembelaan cara ini boleh dianggap sebagai pembelaan paling hebat dan ulung terhadap kitab Ihya'. Sehingga tidak salah jika dikatakan bahawa setiap cetakan kitab Ihya' pada hari ini pasti disertakan sekali takhrij Al-'Iraqi iaitu 'Al-Mughni 'an Hamlil Asfar fi Takhrij Ma fil Ihya' min Akhbar.
Selamat Tinggal Wahhabi.
rujuk
fb: Kami Tidak Mahu Fahaman Wahhabi Di Malaysia ·
สมัครสมาชิก:
ส่งความคิดเห็น (Atom)
ไม่มีความคิดเห็น:
แสดงความคิดเห็น